BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 19 December 2012

Hidup

Hidup masih begini.
Penghujung, busy.
Semua nak longgok waktu ni.
Tapi nak mengeluh pon tak daya.
Dah memang tanggungjawab kita.
Yalah tak buat semua tu nak buat apa lagi kita.
Emosi yang sama.
Dua tiga kali mahu henti dan lari.
Tapi berbaloikah kalau ikut hati.
Ada hati yang kena jaga.
Kena berkorban kalau nak selesa.
Kalau kita tak percaya diri.
Siapa lagi nak tolong diri.
Selesai masalah kalau mengeluh di maya?
Kalau tidak,
Bangun & bergerak.
Dunia tu tak seteruk mana.
Cuma kita yang selalu nak puas hati kita.
Itu susah.
Ini susah.
Begini susah.
Begitu susah.
Cukuplah.
Hidup memang tak ditakdirkan statik.
Tolonglah jadi realistik.


sila-sila lah komen :)

Sunday 4 November 2012

That moment

That mental breakdown moment when you have been staring at the same page for more than one hour but still not able to come out with the gist of what the madness is all about. Arghhhh!


P/S : Sabaq farah sabaq.


sila-sila lah komen :)

Tuesday 30 October 2012

Maybe

M : No I can't. The circumstances just don't allow me. I need to solve all this madness first. If I mumbo jumbo it with that thing, i'm afraid things will get worse.

A : Is that a valid reason?

M : I guess so...

A : What if thing turn out as if you mumbo jumbo them, you will solve the madness. If that happen, what say you?

M : Ermmm... Obviously I have no answer for that question.


sila-sila lah komen :)

Friday 12 October 2012

Voice of My Heart



As much as I want to forget, I can't help but to remember.
As much as I want to be happy, I can't help but to feel gloomy.
As much as I want to be away, I can't help but to stay.


sila-sila lah komen :)

Sunday 16 September 2012

Feel So Bad


Let's just stop...


sila-sila lah komen :)

Thursday 6 September 2012

Forgive me

I've been thinking about it for awhile. It always bother me.Back the days, I didn't gave much attention to it but now that it keeps appear in my mind I can't help but to think about it. As i keep thinking about it, it appear to be not just something but it had become hmm if i need to put it in easy way to understand it will be something called problem. It bothers me. Sometimes way too much. To make things worse I don't have the gut to voice this out. Not even to anyone. Sometimes I wish everything will be okay only by crying. But I know things won't work that way so I hold back my tears. Maybe the tears is not worth to be spill out for something like this. As i don't have any other way I decide to come here and write something. Not because i want the whole world to know that i have some the so called problem but i just will feel better by doing this. Writing. Also not because i want someone to come and console me that everything is okay. I don't want that too. I don't know. I did everything that i could to fulfill the thing that everybody call responsibility. Maybe i'm not perfect but please believe that i try to do my best. Always. Or maybe my best is not enough. I try my best not to bring up what i have done since i do that not for rewards nor recognization. But since i'm a human with heart sometimes i'm hurt too. When i have to went through those kind of situation, my heart hurts. After a few times going trough the same situation me sometimes also feel like crying and shouting to the whole world telling everybody that here i am, a human, with heart and now i'm hurting. But here i am, keeping everything inside so that nobody will get hurt because of me. Sometimes i'm tired and afraid. Afraid that someday everything will be bottled up and i will explode. I don't know. I thought i'm the one who act too sensitive until I heard that. Yeah i heard something that put my heart a lil bit at ease.  I will try to keep calm and try my very best. I hope things will go well. I can't afford to be hurt again. I'm not even in love, but my heart just have too much scars already. So please spare me. Butakhae.


sila-sila lah komen :)

Monday 13 August 2012

Dunia Sekarang Sakit

Dunia sekarang sakit
Apa alam maya menjadi kayu pengukur iman seorang hamba?
Dunia sekarang sakit
Bila kata mahu mengganda pahala
Namun dicanang merata maya
Apa tidak sedar itu bisa membuat manusia mendabik dada?
Dunia sekarang sakit
Yang berbeza dikatakan berdosa
Apa semua orang dicipta untuk menjadi sama?
Dunia sekarang sakit
Tidak pernah melalui apatah lagi merasa
Namun senang sahaja membuka bicara dusta
Kamu siapa untuk menilai manusia
Dunia sekarang sakit
Diberi para untuk alas namun mahu istana
Apa kamu rasa kamu sudah sampai tahap untuk dilayan sebagai raja?
Dunia sekarang sakit
Yang jelas tak mahu menyampai bicara
Yang kabur laju saja menyusun kata
Apa kamu rasa dunia ini berputar di paksi realitimu saja?
Dunia sekarang sakit
Ya dunia sekarang sakit,
Cuma ramai yang alpa meraka punca,dunia sekarang sakit.


sila-sila lah komen :)

Monday 30 July 2012

Mic Ceremony

This is like one of the most awesome rap i've ever heard. I've been addicted to this song since i don't know, maybe about a year ago. Then i stop listening to it for quite awhile. Not because i'm getting bored of it but just because i can't find the mp3 version of it yet. Okay no. I found one but without cover so i really hate to download songs without cover because my playlist gonna be ugly.heh. So this kind of music is really my style. I love different kind of music but hip hop will always be awesome. Because it rarely talk about , hmm u know the unrealistic love. :p Enjoy! Oh did i mentioned that i11evn is a rapper with high level of swag. Me likey. 



sila-sila lah komen :)

Monday 16 July 2012

Block B

                      Ni lah benda awesome yang aku tangguh berapa lama tu. Ni aku pergi sbelum cuti Hari Gawai haritu. Sumapah awesome gila. Free event kot. Tapi part yang tak awesomenya kali ni tak dapat fansigning punya pass. Tak ho liaw betoi. Tapi still suka gila dan aku yakin dan pasti Block B akan kembali bersama Zico untuk showcase or concert satu hari nanti. I'm a proud BBC. Jyeahh! Haters back off! It's hep hap. GUGUGAGAGUGUGAGA. >.<














Double the aweomeness sebab ada Hujan.hehehehe. Pictures credit to Azarith yang comel lagi menawan >.<


sila-sila lah komen :)

Sudah 2 tahun

Assalamualaikum w.b.t


                 Perghhh serasanya dah nak dekat  sebulan tak usha blog ni. Yelah sebab blog aku bukan macam blog Dena Bahrin yang orang tertanya-tanya mana dia p kalau dia lama tak post.Haha. Harini matluthfi post video baru setelah sekian lama. Ok lari topik. Tajuk entri harini sudah 2 tahun. Apa benda la aku nak bebel pasai 2 tahun ni. Aku dah kahwin 2 tahun ka? Aku dah 2 tahun tak mandi ka?. Semua salah sama sekali. Yang benar sebenar- benarnya adalah dah 2 tahun bergelar pelajar universiti. 2 tahun jugakla bergelar 'budak law'. Bunyi macam hebat tapi peritnya hanya yang merasa tahu. Dan Allah.


                   Kalau ikut dua tahun lepas aku jejakkan kaki kat bumi UiTM Shah Alam. Memang bukan bumi asing memandangkan aku pernah p beberapa kali. Tapi untuk budak Pekan Kangaq macam aku ni nak hidup dekat bandaraya Shah Alam kegerunan tu tetap ada. Cewah. Aku bukan apa terlintas nak buat entri ni. Bila nampak kawan2 STPM melahirkan rasa risau takut mahupun cuak nak masuk universiti ni, aku teringat aku dulu pon macam tu. Teringat memori lama. Aku selain dari menjadikan berangan sebagai hobi, mengimbau memori lama pon hobi favourite aku jugak.Ahakz. Aku ingat lagi bila mama abah maksu paksu tinggai aku waktu tu dekat gate Kolej Mawar lepas siap pendaftaran semua, aku terus jalan straight balik bilik. Tak toleh belakang lagi sebab aku risau aku sedih. Aku tau start dari momen tu aku kena tabah tak kira apa jadi sebab tu apa yang aku nak dan aku bawak harapan setinggi harapan dari keluarga. Sebenarnya not bad pon. Kadang-kadang tu memang la teringat rumah tapi lama2 megheli dah orang kata. Time paling selalu nak teringat rumah waktu sebelum tidoq.Aigoo.


                    Hidup aku dulu bergelar pelajar asasi biasa ja. Tapi cukup aku kata aku gembira sepanjang setahun bergelar pelajar asasi tu. Waktu tu memang la belajaq lagi susah dari kat sekolah, tapi takkan nak expect p belajaq kat u sama senang dengan belajaq kat sekolah. Aku belajaq bergaul dengan orang2 berbeza latar belakang, style, agama. Seronok. Buka mata buka minda. Tambah lagi waktu asasi aku dapat classmates yang awesome. Aku rindu jugak kadang2 zaman tu. Zaman asasi waktu tunggu result MUET nervous nak mati. Semua benda nervous waktu tu. Waktu tu jugakla aku first time debate dgn debater yang ada pengalaman. Dari sekolah lagi aku teringin sangat nak jadi pendebat sekolah. Tapi nak buat macam mana ada yang lagi layak. Overallnya aku suka la zaman asasi aku.










                                     Ok over sangat letak gambaq asasi banyak2. Tapi kan dah kata aku rindu. Pastu bila aku dapat sambung buat BLS, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya. Tapi still sedih sikit sebab ada kawan2 yang tak dapat terus berjuang bersama-sama. Waktu part 1 BLS memang aku rasa macam loner gila. Dahla roomate memang aku tak kenal sapa. Pastu dapat sekelas pon memang aku tak kenal sesapa jugak. Tambah lagi aku tengok depa semua kebanyakan dari kelas yang sama waktu asasi dulu. Sedih sangat waktu tu. Tapi aku berjaya melalui hari-hari itu dengan jayanya. Takdakla sampai jadi bestfriends tapi yah at least we are now friends. Depa ni semua tak kurang awesomenya dengan classmates waktu asasi. Yang paling best ramai yang aku boleh bukak port nak cerita kpop.haha. Happening bila selalunya orang buat jamuan akhir tahun tapi kami buat party karaoke. Siap ada truth talk punya session sampai keluaq macam-macam kebenaran.eceh. 


                         Part 2 BLS pon awesome jugak. Most of the classmates adalah classmates lama dari part 1. Tapi still ada orang2 baru so lagi happening. Walaupun kita kelas A tak buat jamuan akhir tahun sebab ada yang kelas mix up tapi takpa kita semua still kawan2. Tak sangka sedaq tak sedaq aku dah habeh dah tahun satu Sarjana Muda Undang-undang UiTM. Berliku bergaung perjalanan nak habiskan tu tapi aku still berjaya samapai sini. Nanti masuk bulan sembilan aku dah bergelar pelajar tahun 2 part 3. Tak sangka aku boleh sampai sini. Banyak yang aku dah belajaq sepanjang masa tu. Aku belajaq yang semua orang tu berbeza dan kita kena cuba yang terbaik untuk sesuaikan diri kita. Aku belajaq baca buku law satu muka surat kadang2 ada satu titik ja so kena berjuta kali baca baru nak paham apa dia kata. Aku belajaq yang kalau aku tak hapai cases bole kirim salam la nak jawab exam. Aku belajaq yang tak dak benda yang mudah. Aku belajaq yang kita memang akan selalu berada di atas n di bawah. Aku belajaq yang kita patut berfikir bukan selangkah buka dua tapi berlangka-langkah ke hadapan. Aku belajaq yang even kita tak dak interest dalam sesuatu tak bermakna kita patut abai benda tu macam tu ja. Aku belajaq yang harapan dengan usaha baru berjaya. Yang paling penting aku belajaq dunia ni luas dan ia bukan berputar untuk kita sahaja. Banyak lagi benda yang kita perlu tahu.





                        Aku pon syukur sebab bila aku belajaq kat sini aku dapat buat benda yang aku cinta. Benda yang dah lama aku suka cuma tak tercapai waktu sebelum ni. Yang paling penting aku sekarang dapat tau yang bawak motor kata bandaraya takdakla tough mana pon.hahahahaha.


p/s : Tamat tahun 1. Semoga aku diberi kesempatan untuk cakap tamat tahun akhir. :)


sila-sila lah komen :)

Sunday 17 June 2012

Heaven

Assalamualaikum w.b.t


               Heaven. Lebih tepat lagi entri ni nak cerita pasai food atau makanan dan sekaligus makanan membawa maksud heaven bagi aku. Tapi bukan sebarang makanan. Mau cerita ni pasai makanan Korea. Ceghitanya aku kan ambik 3rd language KoreaN Language, so macam biasa tetiap sem 3rd language kena buat video untuk assignment. Punya la tiap2 sem berlakon rasa macam retis dah pon ada. pfttt~ So untuk rakam video tu kami pon setuju untuk rakam kat satu kedai makanan korea dekat Sunway Pyramid. Nama kedai tersebut The Street Cafe. Kedai ni kecik comel ja terletak dekat Asian Avenue dalam Sunway Pyramid. Yang kat Sunway ni kecik ja sebab dia punya branch ja. Dia punya main branch dekat Subang Jaya ss15. Kat situ menu dia lagi banyak la. Tapi yang kecik ni pon jenuh nak pikiaq nak makan apa apatah lagi kalau bebanyak. So selepas dalam setengah jam la jugak dok belek menu tu kami pon order la. Apa yg diorder? Jajjan!


Ni antara yang diorder la. Yang merah makngah tu namanya Cheese Ramyun. Perghh sedap tak payah cerita la. haha. Yang dalam mangkuk kecik tiga2 tu adalah Ban Chan ataupun senang cerita side dishes. Side dishes selalunya terdiri dari pickles, kimchi n sebagainya. Ban Chan adalah benda wajib yang patut ada alongside Korean food and yg penting ia free.


Yang ni pulak adalah Pajeon ataupun Korean pancake. Korean pancake ni cam lempeng la tp dalam dia ada kimchi and sayuq-sayuq lain and ia jugak diforeng lebih garing. Sedap habaq hang. Yang dalam bekas tu pulak namanya Dosirak ataupun Lunch box. Lunch box ada macam jenis. So pilih la nak lauk macam mana tp yang dalam gambaq ni Korean Chiken BBQ punya Dosirak.




Nampak sedapkan? kan? kan? Ok sumpah lapaq dok update pasai benda ni. Ni pulak namanya Chiken skewer BBQ flavour. Sedap jugak. Rasa macam satay. 





Haaa yang dua ni haruslah kena makan kalau dah namanya makan makanan Korea. Ni macam representative of Korean food ar lepas kimchi. Yang atas namanya Ddeokbukki or nama omputih dia Spicy ricecakes. Yang bawah pulak namanya Kimbap or nasi yang digulung. ahakz. Kesedapan ddeokbukki yang chewy ditambah dengan kuah pekat yang pedas memang Ho liaw! Kimbap pulak boleh membuatkan mereka yang tak dak la nak gemaq sangat makan sayuq macam aku ni teruih sanggup makan sayuq. haha.


                 So kami pon makan-makan kat situ sambil rakam scene mana yang patut untuk drama 3rd language kami. Kami galak sikit order memacm bukan apa, pasai kawan aku ada free voucher dapat waktu K-Fest haritu. heheh. Oh lupa nak bagitau yang jangan risau nak makan kat sini sebab kedai ni memang dah disahkan halal. Kalau yang kat Sunway ni tukang masaknya adalah seorang melayu & lelaki.heok! Lepas dari dah makan kenyang-kenyang kami pon p la sambung rakam video kat tempat-tempat lain sekitar Sunway tu. Tak shopping pon pasai masing-masing tak dak bajet untuk bershopping. Ok penat dah nak bebel. Tapi rasanya lepas final nanti nak p lagi. hiaw~


p/s : Laparnya saya melihat gambar-gambar ini -_-


sila-sila lah komen :)

Wednesday 13 June 2012

Love What You Do

Assalamualaikum w.b.t


                         Sejujurnya aku nak update pasai benda awesome sebelum cuti haritu tapi tak bole pulak. Gambar tertinggal kat rumah so kena download balik. Harini aku nak bebel sikit pasal something yang aku cinta, suka, sayang dan macam2 perasaan yang sewaktu dengannya la. Sudah jelas semua bebudak yang namanya penuntut UiTM sepenuh masa tu memang kena ambik 3rd language. So aku ni ambik 3rd language Bahasa Korea. Walaupun ramai yg pandang slack tak kurang jugak menghina dengan mereka2 yang ambik bahasa Korea ni tapi kisah apa aku. Aku yang belajaq bukan depa. Orang yang tak habeh2 condemn orang ni minda sempit sembang ja lebih habuk pon tarak. Ok kembali ke tujuan asal ni. Aku cuma nak bebel tentang apa yang perlu ada kat diri hangpa hangpa kalau hangpa semua nak ambik bahasa Korea ni sebagai 3rd language. Bukan apa, aku kecewa bila ada yg tengah belajaq sekali dengan aku ni menyalahkan bahasa tu sendiri sebab depa tak score.


                         Pertama sekali, sebab kenapa awal2 tu yang nak belajaq bahasa Korea. Aku dok perati jawapan yg selalu aku dapat adalah " Sebab aku minat 2pm or etc" " sebab aku minat tengok drama korea" " sebab aku suka dengaq lagu korea". Sigh~. Nak habaq semua tu tak cukup. Sumpah setakat dengaq lagu tengok drama tak cukup untuk belajaq bahasa ni. Bahasa ni penuh dengan budaya dan makna. Even huruf2 dia pon ada interpretasi dia. Nak belajaq bahasa ni kena ada komitmen yang tinggi. Kena ada usaha nak paham budaya orang Korea tu sendiri. Yang paling penting attitude kita. Hang pasaipa nak salahkan sonsaengnim pulak bila ang tak score waktu listening, writing apatah lg speaking kalau dah kelas pi ka tetiap minggu? Kalau p pulak bawak dak buku? Kalau bawak buku pulak dengaq dak apa yang ssaem ajaq? Kalau dengaq ada usaha dak nak buat latihan?. Jawapannya tidak tidak tidak dan tidak. Aku nak habaq la org korea sendiri pon kadang-kadang silap eja tulisan depa apatah lagi kita yg baru belajaq. Normal la salah. Takkan nak belajaq pandai teruih. Ssaem tu bukannya garang pon. Dia tu sehabeh-habeh dedicate punya lecturer sanggup hajaq satu2. Percaya la minat kpop ja tak cukup. Dia perlu lebih dari tu. Aku bukanla nak kata, aku yang belajaq law tak seberapa ni pon boleh catch up dengan korean language tu walaupun lambat sikit apatah lagi hangpa2 yang pointer semuanya perghhh terbaik dari ladang. Kalau tak suka or hilang minat sekalipun please aku just mintak respect ssaem. Dia lecturer jugak. Sama kena respect mcm lecturer lain. At least janganla tiru depan2 mata dia waktu test. Sigh~


                          Percayala seseorang tu perlu beyond curiosity untuk belajaq sesatu bahasa asing. Even kalau mandarin, French mahupun Arab pon perlu dedikasi nak belajaq. Yala benda yang seumuq hidup tak pernah tau tetiba nak belajaq. Normal la ambik masa. Yang penting usaha. At least korean belajaq camna nak baca. Kalau yg lain tak ka kena hafal ja. Hmmm. Aku pon tak tau la. Dah lama aku kecewa pasal benda ni. Aku kecewa sebab orang buat main2 benda yang aku suka and sayang. Aku tak boleh terima. Btw, kelmarin ada writing test n agak susah. Aku boleh la jawab tapi entahla betui ka dak. Haha. Tapi overall ok ja sebab 5 minit last ssaem bg semak buku jap. Hihi. Thanks ssaem saranghae~ ;)


Ni ada sikit soalan yg aku snap waktu dok tengah brainstorming. eceh!






Macam kertas exam lain jugak yang beza dia tulih bahasa korea.heh. Ok bye nak buat consti. Tak malu la dahla takdak orang baca pastu boleh dok bebel bebanyak. Sukahati. 




p/s : Do what u love n love what u do :)


sila-sila lah komen :)

Thursday 24 May 2012

Fighting!

Assalamualaikum w.b.t


                 Saat aku mengetuk keyboard aku untuk tulis entri ni jam menunjukkan 4.33 pagi Khamis. Ya dan aku masih lagi tak tidur. Sebabnya dah hilang dah rasa ngantuk lepas dengan gigih memerah otak jawab soalan torts sampai kering kontang dah otak. Ok lewah sangat. Entri kali ni dibuat just untuk peringatan diri sendiri ja. Just in case aku lupa benda2 yang nak ditulis ni so aku tulis merata-rata untuk ingatkan diri sendiri. Tolak minggu depan cuti seminggu, tinggal dalam 3 minggu ja lagi nak final exam. Omo. So entri kali ni adalah untuk ingatkan diri aku sendiri apabenda yang aku kena bereskan sebelum cuti, semasa cuti, n sebelum final. Phew~


- Presentation torts (24/5/2012)
- Skrip korea (4/6/2012)
- Listening test korea (4/6/2012)
- Written assignment ctu (4/6/2012)
- Skrip video koku (Waktu cuti)
- Test 2 BEL (6/6/2012)
- Assignment Consti (6/6/2012)
- Test 2 MLS written law (6/6/2012)
- Summary report BEL (Week 13/14)
- Report presentation individual BEL (Week 13/14)
- Submission video koku (14/6/2012)
- Submission video korea (No date yet)
- Writing n speaking test korea (Second week after break)


                    Dan dengan itu sesiapa boleh tolong bagitau kenapa cuti tu dipanggil cuti. Tak rasa ka lebih sesuai dipanggil assignment week. sobs. Aku dapat rasa yang kerja ni akan bertambah sebab contract tak dapat assignment pon lagi. Takkan tak dak pulak kan sebab tak dak assignment carry mark nak mai kot celah mana. Takpa la kerja banyak pon. Nama pon pelajar kan. Satgi tak dak kerja pon boring jugak. Buat assignment boleh la jugak tau aku ni hampeh kat bahagian mana. Matlamat cuti tu nak siapkan consti, BEL, CTU dengan study korea. Mungkin aku patut ubah bukan nak tapi kena siapkan. Korea takpa tiap2 hari aku study. ewah. Study jala terer nya dak jugak.heh. Semoga berjaya lah Farah mengharungi hari-hari yang sudah terang lagi bersuluh agak berliku. Yang penting weekend ni kita p berawesomeness dulu sebelum balik.weeehuuu~




p/s : Ahad ni balik rumah. Balik! balik! balik! (baca mcm org tengah demonstrasi) oppss~


sila-sila lah komen :)

Sunday 20 May 2012

Still Fly

Why should give up when u don't even bother to try. 
Why should give up when u can fly high up to the sky.
The world will never be according what u want it to be.
So does that allow u to stop climbing n stay quietly?


" My plane never landed it only departs " - Zico


sila-sila lah komen :)

Friday 18 May 2012

Only Tears

Nice song, nice voice, nice to listen to..







The English translation. Enjoy!
I love you. I’m sorry. But I can’t do this anymore.
I don’t even have the right to get close to you. Don’t love me. 
I don’t have the ease of being able to give you my heart
I live every day beyond my strength, each day is too much so I cry.
**
Oh, I… I don’t have anything I can give you, (but I’m) missing you.
I can’t even give you loving words, but I’m missing you.
I can’t even boldly wish for you to be mine, but I’m missing you.
So I push you away.

Because I’m a guy who has nothing but his own heart.
I’m holding back, even though it hurts. Even tears are a luxury for me.
I don’t even have the right to look at you. Don’t look at me.
I know that my heart is wherever you are.
Close enough our breaths can touch, always in that same place.

**
Oh, I… I don’t have anything I can give you, (but I’m) missing you.
I can’t even give you loving words, but I’m missing you.
I can’t even boldly wish for you to be mine, but I’m missing you.
So I push you away.

I hold back more because I love you more than anyone else in this world.
Oh I… I can’t hold your hand, but I’m missing you.
I’m worried I might just have my tears to hold, so I’m missing you.
I can’t tell you to stay with me, but I’m missing you.
So it’s too much, but in the end…

It’s because I’m a man who has nothing but his own heart.
Credit by ragamuffinlyrics & pop!gasa


sila-sila lah komen :)

Wednesday 16 May 2012

Hello To Myself.

Basically this song is dedicate to our very own self. I've been listening to this song since it being released. It's inspire me. How about you? It is nice to sooth your heart sometimes. Enjoy!





p/s : Ye Eun is great as usual ;)


sila-sila lah komen :)

Too Awesome To Describe

Anneyeonghyesayo


                  Hello hello today I start my entry with Hanguk. Why? Later u will know lah. And why do this entry is in English. Why? because I want to so just let me do it. It had been awhile since I last updated my forever alone blog.hihi. I have no interest in telling people any stories for the past few weeks and i don't know why i'm being like that. Until last Sunday came and it made me want to tell the whole world what kind of experience I've been through. Ok over. Oh before I start please excuse me my not so classy English. Well i'm a Malay after all. Bear with my grammar mistakes.


                    Ok now let me start. Last Sunday when i was about to eat my lunch, suddenly my housemate asked me " Wei hang nak p dak tengok Jay Park. Tiket lebih ni. Free ". Kyaaaaaaa~ and u don't even have to ask what my answer was. For sure la I said YES!. Thanks to my friend who is very lucky to get the free ticket, five of us got to be there watching Jay Park live in front of our very own eyes. weehuuuu~ 


The ticket!


                       So we went to the event place, KL Live. We went there by car and surprisingly we found our way there. huhu. It said that the show will start at 7 but as expected it only started at 8.10 p.m. Oh while we were on the line to enter the showcase area, i were right behind a Korean family. We chatted with them a bit and my friend excitingly told them that I could speak Korean so I replied that I only know ' Chokum'. Not that great yet. hihi. Oh chokum is a little bit. So when we enter the showcase area, fuhhh the feeling was awesome. The stage was sooo near and oh my i can't even describe the feeling. Although i feel a lil bit sad  to leggo my tumbler at the security entrance but once i got in there i forgot about the sadness. muahahaha. I can always buy a new one. wink wink. So I had a great time there. Here are some pictures and all the credits goes to my friends Azarith.






The awesome weii Baki was the host of the night


Andddddddddd we were very lucky. U know why? because while we were on the line to enter the showcase we were being interviewed by Gibbo from 8tv Nite Live. Please take note that we were on tv but because all of us don't even own a tv so we can't even watch us on tv. Ok forget about that haha. The awesome part about being interviewed was we won tickets for Jay Park's basketball match that will be held the very next day. Yayyyy!! Free tickets lagiiiii. That is beyond awesomeness. muahahaha. So the very next day we went to watch the basketball match. It was held at Sri KDU International School, Kota Damansara. We lost while getting there but thanks to Abang Fadhli from Petronas petrol station we got there safely although it took us two hours to get there -_- . Sadly i don't get the pictures from my friend yet so i'll edit and upload the pictures later. The basketball match was great and the lucky fans that got to play with him... sigh~ very lucky laaa. But i'm lucky too. I got to meet and see him right in front of my eyes. How? I got the fansigning pass. hihi. I met him in person and he smiled at me. kyaaaaa~ I admit i'm not a devoted jaywalkerz but the feeling was sooooooo awesomeee. What u don't believe me? here is the evidence. haha




Here comes the pics for the basketball match!!














So the event finished at about 9 p.m and u know what make us feel so stupid? We only took 30 minutes to go back to Shah Alam. That shows that we were totally lost when we were going to Damansara. Sigh. But thats okay because we had a blissful time there. The time we spent together, I mean with my friends are precious. It was nice to mingle around with new friends. Great experience indeed. :D






p/s : Another two week i'll be having the overflowing awesomeness again. This is foreseeable.hihi


sila-sila lah komen :)

Saturday 5 May 2012

Afraid

It beats fast,
It beats faster than usual,
The heart beats faster than usual,
I'm worried,
I'm afraid,
I'm afraid I would fall,
I'm afraid when i fall it leaves scar,
again,
I don't want to add another scar,
Because it hurts,
Because it will be too painful too handle,
Because i don't want to mess up my life,
 at least for this moment,
But this is involuntarily, 
It comes and i'm afraid,
I'm afraid when it beats fast,
I don't know,
I have no sulotion,yet.
Why does it beats faster than usual? 


p/s : Why oh why???


sila-sila lah komen :)

Sunday 29 April 2012

Truth

Not everything that we saw is the truth
Not everything that we heard is the truth either.
Not everything that we read is the truth.
The truth doesn't simply show itself.
Then how do we know the truth?
Seek for it.
Then think, a step ahead.
Only after we did that, we can finally say we seek for the truth.
Not just by simply said we are saying the truth.
The world is full of hypocrite-ness.
Why try so hard to be part of it?
We said the others are just being bullshit.
But we don't realized, we,sometimes being like that too.
Oh maybe i forgot to tell you.
This world is madness.
Use your brain, you survive.
Get drag with the madness, u will went to Mato i guess.
You gain not that much there.
But at least there is cool creature there.
Only if it exist.



P/s : If u believe that law will protect the people, believe me it won't when it comes to certain extend. Cakap jgn mcm tin kosong, bunyi ja hebat, isi habuk pon tarak. Gebang ja lebih. Your arguments are not valid. Period.


sila-sila lah komen :)

Saturday 28 April 2012

I'm annoyed

Dude
That is not something you can learn in one day
That is not something you can learn leisurely
Interest is not enough for you to learn that
You need more than that.
You need the thing called passion.
There's even time that you need to have more than passion.
You can't simply said you know it already just because you know some of it.
You need more.
Arghhhhh
It's something that i love.
I just can't accept that.
You did annoyed me, DUDE!


But you know, since it's hard for me to get angry.
Here i am being patience over this thing.
sigh~ boo me.


sila-sila lah komen :)

Thursday 19 April 2012

Manner 없어

Assalamualaikum w.b.t


                   Hello hello dan hello lagi. Yay!! harini aku dah habis tiga test. Lega~ walaupun consti macam hapa. Ok takmau cerita pasai test dah. Semak kepala. Ni mau ada yang baca la kan post aku ni mesti dok pelik mentang apa la tajuk post ni. Manner 없어 tu maksudnya no manner ataupun orang melayu macam aku kata tak dak adab. Lama dah aku dok ushar perangai orang sampaila aku terdetik nak buat entri pasai tu kat sini. Mai sini nak cerita.




Cerita 1, Lokasi- KL Sentral.


                     Kalau kita perhati dekat area KL Sentral selalu ramai orang buta. Even dekat situ pon jalan mostly akan ada lalauan untuk orang buta. Alah yg benda bijik2 kuning tu. Tapi aku serius tak paham orang ni tak tau adab ka apa. Kadang2 tu terkial-kial orang buta ni nak naik escalator ka apa tapi semua orang buat tak tau ja. Yang lagi sedih tu kadang-kadang siap langgaq lagi. Aku pernah tolong pimpin seorang orang buta ni sekali dengan akau depa belasah langgaq. Aku tau la nak cepat sekalipun tapi takkan la sampai tak reti nak hormat orang. Haih. Manner 없어!




Cerita 2, Lokasi- Bus stop KL Sentral.


                       Oleh sebab aku ni cuma student kayap tapi gedik nak p berjimba kat Kl jadi aku macam biasa harusla naik bas. So kadang2 aku dok tunggu bas tu rajin la aku dok perhati orang. Dekat area tu kan macam main so macam-macam jenis orang nak naik bas. Ada yg muda, tua, budak-budak sekolah,yg bawak banyak barang,yg lenggang kangkung saja. Macam-macam la. Yang aku sedih tu ada sekali ni aku tengah tunggu bas. Pastu dari jauh nampakla bas mai n sebab tu bukan bas yg aku nak naik so aku perhati jala. Pastu orang ramai dah dok beratuq dok tunggu bas tu nak berhenti. Ada dua orang Cina, couple dah tua dah jalan pelan2 nak join beratuq. Pastu tetiba bila turn depa nak naik seorang mamat yg pada pandangan aku la sihat walafiat ja boleh langgaq pastu selamba badak potong barisan. Dah naik atas bas muka bangga gila dapat duduk. Blah la wei. Manner 없어!!


Cerita 3, Lokasi- Bus stop Sunway Pyramid.


                     Bus stop lagi. Kan aku dah kata aku pengguna setia pengangkutan awam. Haritu aku keluaq p berjimba. Waktu tu last sem lepas habeh final exam. Kami p Sunway Lagoon pastu siap bole dok bertapa kat Sunway Pyramid lg. Kalau dah pkedai buku aku lena kat situ pon sanggup. Pastu punya la penat dari awai pagi lagi keluaq. Tunggu punya tunggu bas pon sampai. Naik atas bas semua tempat satu kerusi laki duduk. Aku kalau bole takmau dok sebelah laki sebab aku confirm aku mesti terlena sebelum sampai shah alam. Ushar punya ushar dapat la jugak tempat duduk. Pastu ada mamat ni dok depan aku. Tapi dia duduk kat kerusi sebelah luaq so takdak sapa la berani nak dok tepi dia pasai susah nak masuk n dia pon macam besaq sikit. Bas pon jalan n bila sampai kat Subang Parade barula aku tau yang rupanya dia reserve tempat tu kat makwe dia. Ceh! Agak nak jadi gentlemen kalau tak dak tempat duduk bgla tempat duduk dia. Ramai lg orang dalam bas tu yang pegang banyak barang jugak tengah berdiri. Benda camni pon selalu jugak jadi kat dalam LRT, Monorail mahupun KTM. Yang laki masuk coach wanita takyah nak cerita la kan.huh! Manner 없어!!


Cerita 4, Lokasi- Surau Fakulti Undang-undang.


                          Macam biasa kalau waktu tengahhari ja surau mesti crowded gila. Semua orang pon nak cepat sebab takut lambat nak pi kelas. Time2 camni  la aku jumpak insan2 yang agak sengal aku kira. Surau tu walaupun kalau tengok macam besaq tapi sebab students ramai sangat guna dalam waktu yg sama so mmg akan jadi sangat sempit. Selalunya sampai nak duduk pon tak boleh. Kalau dapat berdiri pon kira nasib la. Yang aku tak paham tu dengan tempat sempit macam tu pon adaorang yang penting diri. Kalau dah habis solat tu cepat2 la keluaq dari tempat solat so that orang lain boleh guna pulak. Ni tak bole dok atas sejadah tu mekap2 pakai bedak boh eyeliner klebet2 tudung dia. Tak sedaq yang belakang diaa orang dok tunggu nak semayang berapa puluh orang. Haih benda tu semua kan bole buat kat depan cermin or toilet. Perlu nak kat tempat dia berdiri solat tadi. Kalau tak ramai orang takpala. Ni time peak hour kot. Benda yang sama la jugak dia apply kalau kat cafe. Dah habeh makan time lunch boleh dok duduk lepak kat situ. Orang lain nak pakai meja pulak la. Manner 없어!!




                      Kalau nak ikut macam-macam lagi aku boleh cerita. Contohnya macam orang bawak kereta tak reti bagi signal n tak reti nak berhenti kat simpang pastu keluaq selamba ja. Perghhh memang berasap la. Manusia ni macam-macam. Tapi apakata sebelum kita buat apa2 tu cuba pikiaq kejap. Kejap ja, adakah apa yang kita buat tu beradab? Menyusahkan orang lain tak?. Bukan apa kalau nak bg contoh senang la kalau hang bawak kereta menyusah orang, orang marah. free2 ja berdosa. Ok takat tu ja nak bebel. Chill. Chow~




p?s : esok presentation torts pastu aku merdeka!!! sekejap.
                      


sila-sila lah komen :)

Thursday 12 April 2012

Did

So she did apply for law.
So she did want to read law.
I have nothing to say.
Don't want to stop her from applying that 
but
not to encourage either.
Enough if I just say,
Love books
Love words
Love arguments (in a good way)
Love having to think critically
Love books
Love books 
Love books
and again
Love books.
oh and not to forget
the so called effort and hope,
Have that even greater than anything else.
Above all that, 
Have faith.
It's going to be hard
yes and u will feel like quitting
but not to the extend that u really do that.
All the best then!


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis