BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 17 December 2011

Yeah, before.

Assalamualaikum w.b.t


               Huuu ~ post baru sambil feeling2 dengaq lagu 7 years of love. Walaupun aku tau tak dak sapa pon nak baca blog ni tapi aku tetap setia mengetuk keyboard aku sebab..hmm..sukahatila. Pejam celik pejam celik dah nak habeh sem. Maka 2 minggu yg tinggai ni semua lecturers nak boh kami sampai lembik. Minggu ni ja aku tak tau berapa test,kuiz, assignment, presentation yg aku buat sampai jammed kepala otak. Ok, aku dah melalut. Kembali ke tujuan asal entri ni.


                Aku sebenaqnya nak cerita pasai satu incident (betui ka term ni), baru ja jadi hari khamis haritu. Sebab apa aku gedik sangat nak cerita? sebab incident dah buat aku muhasabah diri aku. Hari khamis haritu kelas petang aku ada test MLS. Oh MLS tu Malaysian Legal System. Aku pon sampai kelas sumpah cuak sebab masuk tajuk judicial precedent yg kebetulan waktu lecture tajuk tu aku terlelap so aku mcm lost sikit tajuk ni. 


                 Pastu dah miss,yup miss sebab lecturer aku tak kahwin lagi, miss sampai start la test. Lega tengok soalan memberangsangkan la jugak. Tengah semua orang khusyuk dok jawab test tetiba dengaq la bunyi bising dari luaq. Alah bunyi orang2 bersenda gurau gelak berdekah-dekah. Jangan buat tak tau macam la hampa semua tak penah buat. Kami pon panggung kepala pastu nampak miss gelak2. Kami pon gelak2. Yola clear gila kot budak2 tu sembang. Ya budak2 sebab budak asasi kan (bajet senior aku ni). Then sambung la jawab macam biasa.


                  Dok tak berapa lama lepas tu kejadian yang sama ulang lagi. Kami pon gelak lagi. Pastu miss aku kata " Tak payah la nak gelak sangat. u all pon macam tu dulu. Before u know that law is not something that can be laughing off ". Pastu kami pon gelak lagi. Bukan apa, betui la tu apa yang miss cakap. Dulu waktu asasi boleh ja gelak melawak tak ingat dunia. Belajaq law pon boleh hidup dengan bahagia & bersenang lenang. Tapi masuk degree ni banyak benda berubah & banhyak persepsi yg perlu diubah.


                   Kalau dulu waktu asasi rasa macam susah, maka degree 10x lagi susah. Mungkin aku boleh kata asasi tu 1/10 ja dari kesusahan waktu degree. Ni baru part 1 belum sampai part 6 lagi. Belum sampai LLB lagi. So, aku mintak la budak2 asasi yg aku nampak ada setengah tu macam bangga sangat la ni dok Asasi Undang2, janganlah rasa safe sangat. Things can happen. Macam-macam boleh jadi. Kita yang corak masa depan kita macam mana. Eceh ni memang bajet senior habeh ar ni.haha. Law bagi aku memang susah. Tapi tak mustahil nak terus belajaq benda ni. Cuma yang penting determination & kerajinan kot kena ada.Sebab tu aku risau bila aku macam dah nak ke arah malas nak study.ish.


                    So, apa yg miss aku cakap tu sedikit sebanyak bagi kesan la kat aku untuk berusaha dengan gigih lagi. Final exam pon tak lama lagi. Matlamat aku setakat la cuma nak pointer atas 3.0. Kalau dapat Dean List lagi baguih. Tapi macam tinggi ja angan-angan yang tu.haha. Apa yang penting, minggu depan berderet-deret segala macam mak nenek tunggu untuk di submit. Kelas2 ganti pon semua nak buat minggu depan la jugak. Test pon ada lagi. So kena gigih supaya semua tu bereh dengan smoothnya. Fighting!




p/s : Dah nak masuk 2012, dah nak 20. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka.


sila-sila lah komen :)

Wednesday 7 December 2011

Ce Habaq Mai.

Assalamualaikum w.b.t


     Disebabkan group aku dapat soalan tahun 2001 untuk assignment Tort kami pon tak dapat nak cari dalam sistem sebab tak boleh login bagai. So tadi baru ambik soalan tu dari madam. Aku balik bilik pon try la baca. Soalan tu macam ni:


Riak, who was 20 years old, had just passed his driving test. Wanting to impress his girlfriend, Aweku who was 19 years old, he sneaked into his father's BMW and asked her out for ride. They went to enjoy themselves at at Hard Grange Cage.

Cut maklumat tak penting.

Riak was not concentrating on his driving as he was busy talking to Aweku. Suddenly a van appeared from the blind corner and the van swerving left and right as its driver, Mabuk was drunk. Riak lost control of the car and the two vehicles collided on Riak's side of the road.

Cut drama melalut.

Cik Pah who was awakened from her sleep by the loud bang from the collision, rushed to help the victims. She immediately attended to Mabuk. However, Mabuk died on her lap. Cik Pah knew Mabuk as they were lovers before Cik Pah ended their relationship earlier that evening. Before Mabuk  died, he was able to utter the words "i love u" to Cik Pah. Since the day of the accident Cik Pah has been suffering from a psychiatric depression and is inable to go to work.

The parties involved are now considering legal action. Advise them.




Aku baca ja ni terus aku gelak golek golek atas katil. Aku tak boleh bayang macam mana senior2 yang kena jawab soalan ni waktu final dulu mcm mana dalam exam hall. Soalan tak boleh dramatis lagi. Part Cik Pah paling tak boleh belah. Ni mau kes ni bawak p court aku rasa hakim dengan lawyer2 pon mau nak gelak guling2. Mau lagu ni soalan exam waktu dok baca tu hilang habeh dah apa dok ingat elements2 of psychiatric ilness, cases, held semua mesti hilang habeh. HAHAHAHA. Apa-apa pon assignment ni kena hantaq minggu depan. Stress! Kerja bertimbun hoiii~




p/s : 3 minggu ke Final exam. Aku cuak!




sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis