BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 20 May 2011

Si Duyung & Si Singa


Assalamualaikum w.b.t

Aku tau dah lama gila aku x post benda baru. Bukan sebab aku malas or dah lupa yg aku ada blog tp sebab aku busy..#buat lawak ka apa dia busy..HAHA. Aku x bohong apa sb aku mmg busy la walaupun kerja aku tu just search2 articles still aku kena buat betul.

Okeh mai aku nak straight to the point la. Minggu lepas 7Mei2011 aku dgn mama aku p rombongan cik kiah PEWAKAS. P mana? Aku p negara jiran ja..#sawadikap Pastu dah masuk tong teng tong teng beratuq kat imigeresen #betoi ka eja? km pon masuk lah belah siam. Start dr Pdg Besaq yg belah siam ada la tourist guide naik sekali ngan km nama dia Pak Don. Bagi aku la Pak Don ni ada ciri nak masuk Raja Lawak..haha.Bukan apa, tolak dia cerita pasai bini dia, boleh kata cerita dia lawak2 la jugak. Tp yg plg aku aku rasa lawak tu yg pasai Si Duyung & Si Singa. Mai2 aku nak cerita kat hangpa semua.

Waktu km on the way p Pantai Samila kat Songkhla dia cita la sikit2 pasai pantai tu. Dekat pantai tu ada 1 monumen bentuk duyung. Dia kata duyung tu ada sejarah. Hangpa semua tau kan kat Singapore nun ada patung singa yg keluaq air kok mulut dia tu #aku x ingt nama dia apa . Okeh duyung tu ada kaitan dengan singa tu.

Cerita bermula begini, pada suatu hari burung2 berkicauan, ada yg bekerja ada yg bergembira#yg ni lari sikit dr plot cerita asal.heh ada sekor duyung ni tgah bersiar2 kat area2 pantai Samila#duyung warganegara Thailand na pastu pya la best dia dok berenang2 tgok2 dia dah sampai kat area tempat Si Singa kat Singapore. Nak jd cerita Singa ni bernafsu binatang #ok aku lupa singa mmg binatang dia nampak lawanya Duyung. Sepanjang hidup dia x pernah jumpak duyung kat area dia. Dia pon dgn ganasnya rogol duyung tu #-,-' jgn tya dia rogol cmna. Duyung yg sedih n malu ni pon berenang balik p tempat dia n Si Singa pulak rasa puas x sangga.

Setelah beberapa lama nak jd cerita Si Duyung mengandung n lahirkan anak Si Singa #dia sgt confirm tu ank si singa sb dia suci gitu sebelum tu. Dia pon jaga anak tu n tetiba 1 hari dia jatuh sakit. Sebelum mati dia cerita la semua dekat anak duyung n dia suruh anak duyung p dok dgn ayah dia. Lepas Si Duyung mati anak duyung dgn gagah berenang nak p kat ayah dia #dia mesti lalu Malaysia tp awat aku x pernah jumpak duyung pon?=p Dah sampai kat Singapore dia jumpak la ayah dia. Dia pon dgn gigih explain segala bagai. Tp punyalah nak bg drama Si Singa x mengaku anak duyung tu anak dia. Dia kata kalau tu anak dia mesti anak duyung kepala singa #dasar playboy! Dah tu dia malukan anak duyung kat depan kaum kerabat dia. Dia kata anak duyung cuma nak hidup senang sb Singapore lg membangun dr Thailand#sgt tipikal drama melayu okek ckp pasai harta segala.

Anak duyung malu gila ba** la kan dia pon berenang balik Thailand. Nak jd cerita apa yg jadi kat Singapore dah tersebar kat Thailand#depa mesti x pakai beruk band sebab tu berita cpt smpai. Lagila anak duyung malu n dia pon duduk senyap n x mau buat papa dah. Last2 dia jd la keras n sebab tu la wujud monumen duyung kat tepi pantai tu.

Aku tau cerita ni x logik tp seriously ni apa yg Pak Don tu cerita n aku rasa lawak + x masuk akal..Lepas dr cerita ni Pak Don ni dah start melalut cerita pasai dia ngan bini dia dah x dok serumah #-,-' aku pon tatau motif dia pa so aku pon beradu sampai la sedaq2 dah sampai kat Konsulat Malaysia.

Kalau nak ikut ni dah kali ke3 aku p belah sana tp seriously org dekat2 mcm aku x teringin sgt nak p selalu belah sana. Tp best la biasala shopping sapa kata x best tu aku mmg tatau la kan #tp aku rasa x best skit sb duit x masyuk so x bole bli mcm2 heh So takat tu jala cerita x masuk akai aku. Annyeong!
ni la duyung tu
ni singa x berguna

p/s : nanti aku boh jugak la gambaq2 aku p sana.


sila-sila lah komen :)

Saturday 7 May 2011

Tuan Punya

aku
Uuuuuu~first post #Buat teruk =p
Straight to the point post ni nak cita pasai aku, tuan punya blog.
Bukan Block B artis korea bukan jugak cool blog yg sedap tp..
Aku punya blog.
Yala sebelum aku membebel dlm blog ni org kena la tau sapa yg dok membebel tuh
#Bajet ada org baca blog aku
Aku ni senang panggil Farah , 19 & berbangga menjadi org utara.
Memandangkan aku org utara post2 aku jugak akn guna loghat yg sama
#Sorila mau hangpa x paham
Blog ni aku akan bebel menda apa ikut sedap kepala hotak aku.
Apa yg mai aku katok ja keyboard tu n jadilah 1 post kat blog ni.
Kalau apa yg aku tulis tu ampa x suka senang ja,xpayah baca.
Aku start tulis blog ni sb aku saja gedik + boring xtau tahap apa dah.
So aku harap aku xkan biaq blog ni bersawang la..hihihi
Aku suka menulis ni tp aku lg suka dlm diari aku.
Tp apa salahnya aku beralih ke menda alah yg dipanggil blog ni.
Takat tu ja nak cerita. Ok bye!



sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis