BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 17 June 2012

Heaven

Assalamualaikum w.b.t


               Heaven. Lebih tepat lagi entri ni nak cerita pasai food atau makanan dan sekaligus makanan membawa maksud heaven bagi aku. Tapi bukan sebarang makanan. Mau cerita ni pasai makanan Korea. Ceghitanya aku kan ambik 3rd language KoreaN Language, so macam biasa tetiap sem 3rd language kena buat video untuk assignment. Punya la tiap2 sem berlakon rasa macam retis dah pon ada. pfttt~ So untuk rakam video tu kami pon setuju untuk rakam kat satu kedai makanan korea dekat Sunway Pyramid. Nama kedai tersebut The Street Cafe. Kedai ni kecik comel ja terletak dekat Asian Avenue dalam Sunway Pyramid. Yang kat Sunway ni kecik ja sebab dia punya branch ja. Dia punya main branch dekat Subang Jaya ss15. Kat situ menu dia lagi banyak la. Tapi yang kecik ni pon jenuh nak pikiaq nak makan apa apatah lagi kalau bebanyak. So selepas dalam setengah jam la jugak dok belek menu tu kami pon order la. Apa yg diorder? Jajjan!


Ni antara yang diorder la. Yang merah makngah tu namanya Cheese Ramyun. Perghh sedap tak payah cerita la. haha. Yang dalam mangkuk kecik tiga2 tu adalah Ban Chan ataupun senang cerita side dishes. Side dishes selalunya terdiri dari pickles, kimchi n sebagainya. Ban Chan adalah benda wajib yang patut ada alongside Korean food and yg penting ia free.


Yang ni pulak adalah Pajeon ataupun Korean pancake. Korean pancake ni cam lempeng la tp dalam dia ada kimchi and sayuq-sayuq lain and ia jugak diforeng lebih garing. Sedap habaq hang. Yang dalam bekas tu pulak namanya Dosirak ataupun Lunch box. Lunch box ada macam jenis. So pilih la nak lauk macam mana tp yang dalam gambaq ni Korean Chiken BBQ punya Dosirak.




Nampak sedapkan? kan? kan? Ok sumpah lapaq dok update pasai benda ni. Ni pulak namanya Chiken skewer BBQ flavour. Sedap jugak. Rasa macam satay. 





Haaa yang dua ni haruslah kena makan kalau dah namanya makan makanan Korea. Ni macam representative of Korean food ar lepas kimchi. Yang atas namanya Ddeokbukki or nama omputih dia Spicy ricecakes. Yang bawah pulak namanya Kimbap or nasi yang digulung. ahakz. Kesedapan ddeokbukki yang chewy ditambah dengan kuah pekat yang pedas memang Ho liaw! Kimbap pulak boleh membuatkan mereka yang tak dak la nak gemaq sangat makan sayuq macam aku ni teruih sanggup makan sayuq. haha.


                 So kami pon makan-makan kat situ sambil rakam scene mana yang patut untuk drama 3rd language kami. Kami galak sikit order memacm bukan apa, pasai kawan aku ada free voucher dapat waktu K-Fest haritu. heheh. Oh lupa nak bagitau yang jangan risau nak makan kat sini sebab kedai ni memang dah disahkan halal. Kalau yang kat Sunway ni tukang masaknya adalah seorang melayu & lelaki.heok! Lepas dari dah makan kenyang-kenyang kami pon p la sambung rakam video kat tempat-tempat lain sekitar Sunway tu. Tak shopping pon pasai masing-masing tak dak bajet untuk bershopping. Ok penat dah nak bebel. Tapi rasanya lepas final nanti nak p lagi. hiaw~


p/s : Laparnya saya melihat gambar-gambar ini -_-


sila-sila lah komen :)

Wednesday 13 June 2012

Love What You Do

Assalamualaikum w.b.t


                         Sejujurnya aku nak update pasai benda awesome sebelum cuti haritu tapi tak bole pulak. Gambar tertinggal kat rumah so kena download balik. Harini aku nak bebel sikit pasal something yang aku cinta, suka, sayang dan macam2 perasaan yang sewaktu dengannya la. Sudah jelas semua bebudak yang namanya penuntut UiTM sepenuh masa tu memang kena ambik 3rd language. So aku ni ambik 3rd language Bahasa Korea. Walaupun ramai yg pandang slack tak kurang jugak menghina dengan mereka2 yang ambik bahasa Korea ni tapi kisah apa aku. Aku yang belajaq bukan depa. Orang yang tak habeh2 condemn orang ni minda sempit sembang ja lebih habuk pon tarak. Ok kembali ke tujuan asal ni. Aku cuma nak bebel tentang apa yang perlu ada kat diri hangpa hangpa kalau hangpa semua nak ambik bahasa Korea ni sebagai 3rd language. Bukan apa, aku kecewa bila ada yg tengah belajaq sekali dengan aku ni menyalahkan bahasa tu sendiri sebab depa tak score.


                         Pertama sekali, sebab kenapa awal2 tu yang nak belajaq bahasa Korea. Aku dok perati jawapan yg selalu aku dapat adalah " Sebab aku minat 2pm or etc" " sebab aku minat tengok drama korea" " sebab aku suka dengaq lagu korea". Sigh~. Nak habaq semua tu tak cukup. Sumpah setakat dengaq lagu tengok drama tak cukup untuk belajaq bahasa ni. Bahasa ni penuh dengan budaya dan makna. Even huruf2 dia pon ada interpretasi dia. Nak belajaq bahasa ni kena ada komitmen yang tinggi. Kena ada usaha nak paham budaya orang Korea tu sendiri. Yang paling penting attitude kita. Hang pasaipa nak salahkan sonsaengnim pulak bila ang tak score waktu listening, writing apatah lg speaking kalau dah kelas pi ka tetiap minggu? Kalau p pulak bawak dak buku? Kalau bawak buku pulak dengaq dak apa yang ssaem ajaq? Kalau dengaq ada usaha dak nak buat latihan?. Jawapannya tidak tidak tidak dan tidak. Aku nak habaq la org korea sendiri pon kadang-kadang silap eja tulisan depa apatah lagi kita yg baru belajaq. Normal la salah. Takkan nak belajaq pandai teruih. Ssaem tu bukannya garang pon. Dia tu sehabeh-habeh dedicate punya lecturer sanggup hajaq satu2. Percaya la minat kpop ja tak cukup. Dia perlu lebih dari tu. Aku bukanla nak kata, aku yang belajaq law tak seberapa ni pon boleh catch up dengan korean language tu walaupun lambat sikit apatah lagi hangpa2 yang pointer semuanya perghhh terbaik dari ladang. Kalau tak suka or hilang minat sekalipun please aku just mintak respect ssaem. Dia lecturer jugak. Sama kena respect mcm lecturer lain. At least janganla tiru depan2 mata dia waktu test. Sigh~


                          Percayala seseorang tu perlu beyond curiosity untuk belajaq sesatu bahasa asing. Even kalau mandarin, French mahupun Arab pon perlu dedikasi nak belajaq. Yala benda yang seumuq hidup tak pernah tau tetiba nak belajaq. Normal la ambik masa. Yang penting usaha. At least korean belajaq camna nak baca. Kalau yg lain tak ka kena hafal ja. Hmmm. Aku pon tak tau la. Dah lama aku kecewa pasal benda ni. Aku kecewa sebab orang buat main2 benda yang aku suka and sayang. Aku tak boleh terima. Btw, kelmarin ada writing test n agak susah. Aku boleh la jawab tapi entahla betui ka dak. Haha. Tapi overall ok ja sebab 5 minit last ssaem bg semak buku jap. Hihi. Thanks ssaem saranghae~ ;)


Ni ada sikit soalan yg aku snap waktu dok tengah brainstorming. eceh!






Macam kertas exam lain jugak yang beza dia tulih bahasa korea.heh. Ok bye nak buat consti. Tak malu la dahla takdak orang baca pastu boleh dok bebel bebanyak. Sukahati. 




p/s : Do what u love n love what u do :)


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis