BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 29 June 2011

Sengal sengal Belaka

Assalamualaikum w.b.t

Aku agak annoying jugakla hari ni sebab aku jumpak dengan makhluk2 yang sengal sengal belaka. Meh cek nak story. Malam semalam mama aku bagitau la yg malam ni dia nak masak chicken chop so dia suruh aku p beli barang dah aku kata aku nak keluaq kangaq pagi tadi. Tapi aku x keluaq pon *ngeee~. So petang tu lepas aku gelak golek2 tengok variety show aku pon dgn gigih start la moto merah pujaan hati aku.

Cerita Sengal 1

Lepas berapa kali dok tekan starter baru nak boleh start aku dah boleh agak dah realiti yg aku memang x dapat terima. Minyak moto dok betoi2 atas line merah yg jugak membawa maksud E. Ok chill lagi sebab minyak banyak tuh bole ja lagi sampai stesyen minyak. Yang aku sedikit annoy tu aku ingat lagi last sekali aku naik minyak banyak lagi kot. Jadi x payah dok tanya banyak dalam rumah tu aku dengan abah aku ja boleh bawak moto. Aku ni bukan apa al maklumla dah jd penganggur ni duit masyuk tersekat2. Tak konsisten gitu. Tapi sebab aku nak jadi anak solehah *ececece aku x bengang la kat abah aku.Ok bohong bengang sikit.

Cerita Sengal 2

Lepas meng-F kan balik tangko moto aku pon p Ayamas. Aku ingat lagi mama aku kata beli ayam boneless. Aku p godek2 dalam freezer tu x dak la pulak so aku pon jalan dgn penuh ayu & sopan *ok bohong lagi* p kat kaunter tu n gtau kat mamat tu:
Aku :Ayam yg xdak tulang ada tak?
Mamat Ayamas : Nak yg xdak tulang ka boneless?
Aku(dlm hati) :bukan ka benda yg sama?
Aku : err..ya la boneless utk buat chicken chop.
Mamat Ayamas : Nak berapa kilo?3 kilo?HAHAHAHAHAHA

Aku x saja2 na buat hahaha tu besaq2 seriously dia gelak mcm x ingat dunia aku pon xtau apa yg lawak.

Aku : Nak 7 keping.
Mamat Ayamas : Awat x beli 10? HAHAHAHAHA

Aku dah mcm damn gila mamat ni. Motif hang nak gelak x ingat dunia???
Dan lepas tu x larat cerita beberapa perkara annoy yg lain yg dia buat lepas siap aku pon belah cepat2.

Cerita Sengal 3

Lepas tu aku singgah Pasaraya Hafifah pulak nak beli ubi. Lepas ambik ubi tu haruslah nak kena timbang so boleh letak harga tapi kat tempat timbang tu xdak org jaga. Aku pon gtau la pekerja yg tgah dok cuci freezer tu. Dia pon panggil2 kawan dia sebab dia susah nak keluaq dr tempat dia duduk tu. Selepas 5 minit aku dok terpacak mai la terkedek2 budak tu (aku pgl budak sb aku rasa dia sama baya ja dgn aku maybe part time kat situ). Dia bole kata " Timbang ja la sendiri". Ceh hang ingat kalau aku timbang pon aku tau ka berapa nak letak harga. Lepas timbang n letak price tag dia dgn selamba badaknya membelakang aku sebab sembang dgn kawan dia n bg plastik tu kat aku dgn kadar paling jijik. Mcm hangpa pegang plastik sampah. Hujung2 gitu. Elok aku keluaq dr pasaraya tu mama aku call suruh beli bwg besaq. Aku pon pikiaq kalau aku beli kat sini aku kena timbang so aku kena jumpak budak sengal tu lagi. Jadi aku sanggup singgah tempat lain.Heh
Aku boleh faham kalau cerita ni x cukup sengal. Tapi hakikat yg dia lambat mai timbang tu sebab dia dok menyembang dengan budak2 pompuan yg jaga kaunter tu yg buat aku bengang. Dok sembang gelak terkekek kekek ja pon. Lain la kalau dia lambat sebab dok angkat barang ka apa ka. Wei ingat la orang bayaq gaji suruh kerja bukannya dok merenyeh dengan pompuan. Cesh!


Lepas beli bawang aku pon rempit balik rumah pastu duduk depan tv tengok Music Bank dengan perasaan aman & bahagia. HEHEHE


sila-sila lah komen :)

Masalah Teknikal

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama aku x tulis kat blog ni, aku pon tau. Sebabnya aku pon tak faham salah kat mana post aku dh jd mcm celaru.aku dah try edit semua tp still celaru. Memandangkan aku ni buta IT *haha jadi aku dah mintak tolong dari orang yang cerah IT sikit. Tapi buat masa sekarang buat2 tak nampak la noo 2 post sebelum ni. Peace. Aku tau ada org akan kata aku noob gila tak tau menda mudah tapi ada aku kisah bukannya semua benda yg kita tau selama ni pon keluaq perut mak teruih tau. Chill sudah.


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis