BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 28 March 2012

Merapu

Assalamualaikum w.b.t


                        Hihihihi. Lama gilos tak update. Bukan ja blog, facebook, korea, dan segala jenis benda yg perlu diupdate satu pon memang tak update. Twitter ja aku dengan gigih akan update jugak dgn wifi free bila ada kat fakulti. Dan sekarang dengan wujudnya entri ni maka aku officially bernafas bersama-sama radiasi high speed internet dalam rumah bujang aku nih. Perghhh ayat tu hasil overdose membaca. haha. So aku tak dak la dok melangut dah pasni pasai tatau satu apa pekembangan semasa.eceh. Macam biasa entri merapu nak cerita benda merapu la.


                        Dah nak dekat sebulan dah masuk part 2. Aku dah ada junior weyh ada junior. Walaupun depa sama umuq ja pon tapi nak excited jugak. Masuk part 2 macam biasa semua benda boleh expect dah. Cuma bezanya penat ar berulang pasai dok luaq. Bukan la aku nak buat teruk sedangkan aku ni dok coit seksyen 7 depan uitm tu ja tapi yala untuk pengguna pengangkutan awam mcm aku ni penat la jugak. Mau gaya nak sampai rumah la ni kena tukaq bas pulak. Sejak bila entah rapid bukak port sampai separuh seksyen 7 tu kena tukaq bas. Pagi2 tak yah dok cerita. Boleh menangeh la tengok 7 bas lalu semua macam tuna. Bas rengit? hmm minggu 1st kemain banyak, minggu 2nd ada la dua tiga, minggu 3rd ada la satu masuk minggu 4th nak nampak pon payah. Bas uitm? perghhhh kepala bas pon tak napak kat seksyen 7 ni. Nak masuk uitm time weekend tak pasai kena p seksyen 2 dulu baru ambik bas. Kayap hoi lama2. Tapi tula kadang nasib macam cun sikit tumpang kereta orang dak pon merempit.huuu. Tapi takpa si merah aku nak berhijrah mai shah alam tak lama dah. Yeah!


                           Habeh bebel pasai bas mai nak bebel pasai belajaq pulak. Nama pon belajaq kan, aku tak pernah la lagi jumpak orang kata " Perghhh senang gila belajaq macam chillin sambil baca 9gag". Kalau ada aku pon tabik la. Genius la kot. Aku hari selasa cool dah tak dak kelas satu pon. Al maklumla repeaters kan. So kebetulan hari selasa kelas yg aku kena repeat kan so kosong ar. Tup tup p buat kelas repeat selasa malam rabu. Peh spoil the day. Takut tau balik naik bas sesorang memalam. Eh bukan takut naik bas tapi takut nak jalan dari bus stand balik rumah. haha. Ha jadi anda sekalian janganla repeat no kalau tamau jadi camni. Nak tambah spoil lg kelas repeat sumpah lonely dan penat dari segi mental n perasaan dan yang penting menyerabutkan kitaran hidup seorang pelajar. Mana taknya biasala nama pon repeaters, lecturer pon sarkastik pelik la kan. Redha jala. Kelas first kena perli pakai selipar. Yola dah biasa dok sarung selipar katakan. Orang bersederhana memang camni tak suka pakai kasut.ngeh ngeh. Torts pulak tak payah dok kata woiii lecturer mengajaq lagi laju dr bullet train kat jepun nu. Jenuh dok dengaq dia sebut kes apa, dia cerita pasai apa. Tak dan nak ngantuk la org kata. Kelas BEL macam biasa. Boring. English is fun tp bila bab summary ni. Nah not my thing.


                        Nak bebel pulak pasai masa hampir sebulan yang aku habiskan tanpa benda yang dipanggil internet tu. Aku buat apa ja. Tengok movies, baca buku, baca komik, baca buku, baca buku n baca buku lagi.  Tapi tapi haruslah bukan buku law kan. Buku law baca jugak tapi yang bukan law tu lagi banyak la kan. Terima kasih dengan bekalan voucher buku kemain banyak buku aku beli walaupun baru sebulan ja. Tapi separuh ja pon bole pakai voucher buku. Yelah kena la adil separuh lagi beli buku law yg gedabak2 tu la. Yang harga 3 keping voucher buku baru cukup.heh. Dan haruslah dalam banyak2 buku yang aku beli tak dak satu pon novel cintan cintun terselit. Kenapa? Entah. Realiti tu buat minat aku hilang.eh. Nanti dia mai balik aku baca la kot. So buku apa ja aku beli. Haaaa apa kata nanti aku buat entri baru ja cerita. Tu pon kalau rajin la kan.


                          Rumah sewa. Isu untuk dibebelkan seterusnya. Walaupun aku tau berapa kerat ja or langsung tak dak orang yang nak baca blog aku ni tapi aku nak bebel sesuka hati jugak.heheh. Rumah sewa cool ja. More spaces, more freedom, less rules. Tak dak dah kena risau bila nak bayaq barang letrik, kena p aktiviti sebab kupon wajib, risau tempat penuh nak sidai baju, risau dan ka dak balik sebelum curfew n yang paling penting tak payah deal dengan admin kolej yang macam .... tak perlu la aku mention nanti termencarut pulak. Tapi freedom tu tak la sampai aku boleh p clubbing or langsung tak balik rumah. No no no aku budak baik tau.haha. La ni p aktiviti uitm pon dengan ikhlas la sebab tak dak nak kejaq kupon sangat pon. Cuma biasala baru masuk ni banyak pakai duit. Beli tu beli ni untuk rumah. Tapi yg paling cool rumah ni dongak atas tengok kiri tengok kanan semua ehem ehem. Paham2 la kan. Yang kaum sejenis semua tunduk bawah. Tak nampak pon. hahahaha.


                          Penat dah bebel. Nak lena sudah. Esok pepagi nak kejaq bullet train dalam kelas torts. Kena dapat rehat secukupnya gitu. So dah ada internet ni bolela membusykan diri dengan berbagai kerja balik. Nak update drama, nak tengok tu nak tengok ni. Ceh padahai waktu tak dak internet belonggok ja benda naktengok. Big bang theory pon berbondong lagi tak habeh tengok. haha. So lets chill n enjoy every moment of our life. Jangan sampai tak study pulak. Study pon kegembiraan tau dak. Annyeong!






p/s : Sorila kalau zalim, tp no money no password la kan. Faham sendiri la no.


                        


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis