BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 30 July 2012

Mic Ceremony

This is like one of the most awesome rap i've ever heard. I've been addicted to this song since i don't know, maybe about a year ago. Then i stop listening to it for quite awhile. Not because i'm getting bored of it but just because i can't find the mp3 version of it yet. Okay no. I found one but without cover so i really hate to download songs without cover because my playlist gonna be ugly.heh. So this kind of music is really my style. I love different kind of music but hip hop will always be awesome. Because it rarely talk about , hmm u know the unrealistic love. :p Enjoy! Oh did i mentioned that i11evn is a rapper with high level of swag. Me likey. 



sila-sila lah komen :)

Monday, 16 July 2012

Block B

                      Ni lah benda awesome yang aku tangguh berapa lama tu. Ni aku pergi sbelum cuti Hari Gawai haritu. Sumapah awesome gila. Free event kot. Tapi part yang tak awesomenya kali ni tak dapat fansigning punya pass. Tak ho liaw betoi. Tapi still suka gila dan aku yakin dan pasti Block B akan kembali bersama Zico untuk showcase or concert satu hari nanti. I'm a proud BBC. Jyeahh! Haters back off! It's hep hap. GUGUGAGAGUGUGAGA. >.<














Double the aweomeness sebab ada Hujan.hehehehe. Pictures credit to Azarith yang comel lagi menawan >.<


sila-sila lah komen :)

Sudah 2 tahun

Assalamualaikum w.b.t


                 Perghhh serasanya dah nak dekat  sebulan tak usha blog ni. Yelah sebab blog aku bukan macam blog Dena Bahrin yang orang tertanya-tanya mana dia p kalau dia lama tak post.Haha. Harini matluthfi post video baru setelah sekian lama. Ok lari topik. Tajuk entri harini sudah 2 tahun. Apa benda la aku nak bebel pasai 2 tahun ni. Aku dah kahwin 2 tahun ka? Aku dah 2 tahun tak mandi ka?. Semua salah sama sekali. Yang benar sebenar- benarnya adalah dah 2 tahun bergelar pelajar universiti. 2 tahun jugakla bergelar 'budak law'. Bunyi macam hebat tapi peritnya hanya yang merasa tahu. Dan Allah.


                   Kalau ikut dua tahun lepas aku jejakkan kaki kat bumi UiTM Shah Alam. Memang bukan bumi asing memandangkan aku pernah p beberapa kali. Tapi untuk budak Pekan Kangaq macam aku ni nak hidup dekat bandaraya Shah Alam kegerunan tu tetap ada. Cewah. Aku bukan apa terlintas nak buat entri ni. Bila nampak kawan2 STPM melahirkan rasa risau takut mahupun cuak nak masuk universiti ni, aku teringat aku dulu pon macam tu. Teringat memori lama. Aku selain dari menjadikan berangan sebagai hobi, mengimbau memori lama pon hobi favourite aku jugak.Ahakz. Aku ingat lagi bila mama abah maksu paksu tinggai aku waktu tu dekat gate Kolej Mawar lepas siap pendaftaran semua, aku terus jalan straight balik bilik. Tak toleh belakang lagi sebab aku risau aku sedih. Aku tau start dari momen tu aku kena tabah tak kira apa jadi sebab tu apa yang aku nak dan aku bawak harapan setinggi harapan dari keluarga. Sebenarnya not bad pon. Kadang-kadang tu memang la teringat rumah tapi lama2 megheli dah orang kata. Time paling selalu nak teringat rumah waktu sebelum tidoq.Aigoo.


                    Hidup aku dulu bergelar pelajar asasi biasa ja. Tapi cukup aku kata aku gembira sepanjang setahun bergelar pelajar asasi tu. Waktu tu memang la belajaq lagi susah dari kat sekolah, tapi takkan nak expect p belajaq kat u sama senang dengan belajaq kat sekolah. Aku belajaq bergaul dengan orang2 berbeza latar belakang, style, agama. Seronok. Buka mata buka minda. Tambah lagi waktu asasi aku dapat classmates yang awesome. Aku rindu jugak kadang2 zaman tu. Zaman asasi waktu tunggu result MUET nervous nak mati. Semua benda nervous waktu tu. Waktu tu jugakla aku first time debate dgn debater yang ada pengalaman. Dari sekolah lagi aku teringin sangat nak jadi pendebat sekolah. Tapi nak buat macam mana ada yang lagi layak. Overallnya aku suka la zaman asasi aku.










                                     Ok over sangat letak gambaq asasi banyak2. Tapi kan dah kata aku rindu. Pastu bila aku dapat sambung buat BLS, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya. Tapi still sedih sikit sebab ada kawan2 yang tak dapat terus berjuang bersama-sama. Waktu part 1 BLS memang aku rasa macam loner gila. Dahla roomate memang aku tak kenal sapa. Pastu dapat sekelas pon memang aku tak kenal sesapa jugak. Tambah lagi aku tengok depa semua kebanyakan dari kelas yang sama waktu asasi dulu. Sedih sangat waktu tu. Tapi aku berjaya melalui hari-hari itu dengan jayanya. Takdakla sampai jadi bestfriends tapi yah at least we are now friends. Depa ni semua tak kurang awesomenya dengan classmates waktu asasi. Yang paling best ramai yang aku boleh bukak port nak cerita kpop.haha. Happening bila selalunya orang buat jamuan akhir tahun tapi kami buat party karaoke. Siap ada truth talk punya session sampai keluaq macam-macam kebenaran.eceh. 


                         Part 2 BLS pon awesome jugak. Most of the classmates adalah classmates lama dari part 1. Tapi still ada orang2 baru so lagi happening. Walaupun kita kelas A tak buat jamuan akhir tahun sebab ada yang kelas mix up tapi takpa kita semua still kawan2. Tak sangka sedaq tak sedaq aku dah habeh dah tahun satu Sarjana Muda Undang-undang UiTM. Berliku bergaung perjalanan nak habiskan tu tapi aku still berjaya samapai sini. Nanti masuk bulan sembilan aku dah bergelar pelajar tahun 2 part 3. Tak sangka aku boleh sampai sini. Banyak yang aku dah belajaq sepanjang masa tu. Aku belajaq yang semua orang tu berbeza dan kita kena cuba yang terbaik untuk sesuaikan diri kita. Aku belajaq baca buku law satu muka surat kadang2 ada satu titik ja so kena berjuta kali baca baru nak paham apa dia kata. Aku belajaq yang kalau aku tak hapai cases bole kirim salam la nak jawab exam. Aku belajaq yang tak dak benda yang mudah. Aku belajaq yang kita memang akan selalu berada di atas n di bawah. Aku belajaq yang kita patut berfikir bukan selangkah buka dua tapi berlangka-langkah ke hadapan. Aku belajaq yang even kita tak dak interest dalam sesuatu tak bermakna kita patut abai benda tu macam tu ja. Aku belajaq yang harapan dengan usaha baru berjaya. Yang paling penting aku belajaq dunia ni luas dan ia bukan berputar untuk kita sahaja. Banyak lagi benda yang kita perlu tahu.





                        Aku pon syukur sebab bila aku belajaq kat sini aku dapat buat benda yang aku cinta. Benda yang dah lama aku suka cuma tak tercapai waktu sebelum ni. Yang paling penting aku sekarang dapat tau yang bawak motor kata bandaraya takdakla tough mana pon.hahahahaha.


p/s : Tamat tahun 1. Semoga aku diberi kesempatan untuk cakap tamat tahun akhir. :)


sila-sila lah komen :)

Sunday, 17 June 2012

Heaven

Assalamualaikum w.b.t


               Heaven. Lebih tepat lagi entri ni nak cerita pasai food atau makanan dan sekaligus makanan membawa maksud heaven bagi aku. Tapi bukan sebarang makanan. Mau cerita ni pasai makanan Korea. Ceghitanya aku kan ambik 3rd language KoreaN Language, so macam biasa tetiap sem 3rd language kena buat video untuk assignment. Punya la tiap2 sem berlakon rasa macam retis dah pon ada. pfttt~ So untuk rakam video tu kami pon setuju untuk rakam kat satu kedai makanan korea dekat Sunway Pyramid. Nama kedai tersebut The Street Cafe. Kedai ni kecik comel ja terletak dekat Asian Avenue dalam Sunway Pyramid. Yang kat Sunway ni kecik ja sebab dia punya branch ja. Dia punya main branch dekat Subang Jaya ss15. Kat situ menu dia lagi banyak la. Tapi yang kecik ni pon jenuh nak pikiaq nak makan apa apatah lagi kalau bebanyak. So selepas dalam setengah jam la jugak dok belek menu tu kami pon order la. Apa yg diorder? Jajjan!


Ni antara yang diorder la. Yang merah makngah tu namanya Cheese Ramyun. Perghh sedap tak payah cerita la. haha. Yang dalam mangkuk kecik tiga2 tu adalah Ban Chan ataupun senang cerita side dishes. Side dishes selalunya terdiri dari pickles, kimchi n sebagainya. Ban Chan adalah benda wajib yang patut ada alongside Korean food and yg penting ia free.


Yang ni pulak adalah Pajeon ataupun Korean pancake. Korean pancake ni cam lempeng la tp dalam dia ada kimchi and sayuq-sayuq lain and ia jugak diforeng lebih garing. Sedap habaq hang. Yang dalam bekas tu pulak namanya Dosirak ataupun Lunch box. Lunch box ada macam jenis. So pilih la nak lauk macam mana tp yang dalam gambaq ni Korean Chiken BBQ punya Dosirak.




Nampak sedapkan? kan? kan? Ok sumpah lapaq dok update pasai benda ni. Ni pulak namanya Chiken skewer BBQ flavour. Sedap jugak. Rasa macam satay. 





Haaa yang dua ni haruslah kena makan kalau dah namanya makan makanan Korea. Ni macam representative of Korean food ar lepas kimchi. Yang atas namanya Ddeokbukki or nama omputih dia Spicy ricecakes. Yang bawah pulak namanya Kimbap or nasi yang digulung. ahakz. Kesedapan ddeokbukki yang chewy ditambah dengan kuah pekat yang pedas memang Ho liaw! Kimbap pulak boleh membuatkan mereka yang tak dak la nak gemaq sangat makan sayuq macam aku ni teruih sanggup makan sayuq. haha.


                 So kami pon makan-makan kat situ sambil rakam scene mana yang patut untuk drama 3rd language kami. Kami galak sikit order memacm bukan apa, pasai kawan aku ada free voucher dapat waktu K-Fest haritu. heheh. Oh lupa nak bagitau yang jangan risau nak makan kat sini sebab kedai ni memang dah disahkan halal. Kalau yang kat Sunway ni tukang masaknya adalah seorang melayu & lelaki.heok! Lepas dari dah makan kenyang-kenyang kami pon p la sambung rakam video kat tempat-tempat lain sekitar Sunway tu. Tak shopping pon pasai masing-masing tak dak bajet untuk bershopping. Ok penat dah nak bebel. Tapi rasanya lepas final nanti nak p lagi. hiaw~


p/s : Laparnya saya melihat gambar-gambar ini -_-


sila-sila lah komen :)

Wednesday, 13 June 2012

Love What You Do

Assalamualaikum w.b.t


                         Sejujurnya aku nak update pasai benda awesome sebelum cuti haritu tapi tak bole pulak. Gambar tertinggal kat rumah so kena download balik. Harini aku nak bebel sikit pasal something yang aku cinta, suka, sayang dan macam2 perasaan yang sewaktu dengannya la. Sudah jelas semua bebudak yang namanya penuntut UiTM sepenuh masa tu memang kena ambik 3rd language. So aku ni ambik 3rd language Bahasa Korea. Walaupun ramai yg pandang slack tak kurang jugak menghina dengan mereka2 yang ambik bahasa Korea ni tapi kisah apa aku. Aku yang belajaq bukan depa. Orang yang tak habeh2 condemn orang ni minda sempit sembang ja lebih habuk pon tarak. Ok kembali ke tujuan asal ni. Aku cuma nak bebel tentang apa yang perlu ada kat diri hangpa hangpa kalau hangpa semua nak ambik bahasa Korea ni sebagai 3rd language. Bukan apa, aku kecewa bila ada yg tengah belajaq sekali dengan aku ni menyalahkan bahasa tu sendiri sebab depa tak score.


                         Pertama sekali, sebab kenapa awal2 tu yang nak belajaq bahasa Korea. Aku dok perati jawapan yg selalu aku dapat adalah " Sebab aku minat 2pm or etc" " sebab aku minat tengok drama korea" " sebab aku suka dengaq lagu korea". Sigh~. Nak habaq semua tu tak cukup. Sumpah setakat dengaq lagu tengok drama tak cukup untuk belajaq bahasa ni. Bahasa ni penuh dengan budaya dan makna. Even huruf2 dia pon ada interpretasi dia. Nak belajaq bahasa ni kena ada komitmen yang tinggi. Kena ada usaha nak paham budaya orang Korea tu sendiri. Yang paling penting attitude kita. Hang pasaipa nak salahkan sonsaengnim pulak bila ang tak score waktu listening, writing apatah lg speaking kalau dah kelas pi ka tetiap minggu? Kalau p pulak bawak dak buku? Kalau bawak buku pulak dengaq dak apa yang ssaem ajaq? Kalau dengaq ada usaha dak nak buat latihan?. Jawapannya tidak tidak tidak dan tidak. Aku nak habaq la org korea sendiri pon kadang-kadang silap eja tulisan depa apatah lagi kita yg baru belajaq. Normal la salah. Takkan nak belajaq pandai teruih. Ssaem tu bukannya garang pon. Dia tu sehabeh-habeh dedicate punya lecturer sanggup hajaq satu2. Percaya la minat kpop ja tak cukup. Dia perlu lebih dari tu. Aku bukanla nak kata, aku yang belajaq law tak seberapa ni pon boleh catch up dengan korean language tu walaupun lambat sikit apatah lagi hangpa2 yang pointer semuanya perghhh terbaik dari ladang. Kalau tak suka or hilang minat sekalipun please aku just mintak respect ssaem. Dia lecturer jugak. Sama kena respect mcm lecturer lain. At least janganla tiru depan2 mata dia waktu test. Sigh~


                          Percayala seseorang tu perlu beyond curiosity untuk belajaq sesatu bahasa asing. Even kalau mandarin, French mahupun Arab pon perlu dedikasi nak belajaq. Yala benda yang seumuq hidup tak pernah tau tetiba nak belajaq. Normal la ambik masa. Yang penting usaha. At least korean belajaq camna nak baca. Kalau yg lain tak ka kena hafal ja. Hmmm. Aku pon tak tau la. Dah lama aku kecewa pasal benda ni. Aku kecewa sebab orang buat main2 benda yang aku suka and sayang. Aku tak boleh terima. Btw, kelmarin ada writing test n agak susah. Aku boleh la jawab tapi entahla betui ka dak. Haha. Tapi overall ok ja sebab 5 minit last ssaem bg semak buku jap. Hihi. Thanks ssaem saranghae~ ;)


Ni ada sikit soalan yg aku snap waktu dok tengah brainstorming. eceh!






Macam kertas exam lain jugak yang beza dia tulih bahasa korea.heh. Ok bye nak buat consti. Tak malu la dahla takdak orang baca pastu boleh dok bebel bebanyak. Sukahati. 




p/s : Do what u love n love what u do :)


sila-sila lah komen :)

Thursday, 24 May 2012

Fighting!

Assalamualaikum w.b.t


                 Saat aku mengetuk keyboard aku untuk tulis entri ni jam menunjukkan 4.33 pagi Khamis. Ya dan aku masih lagi tak tidur. Sebabnya dah hilang dah rasa ngantuk lepas dengan gigih memerah otak jawab soalan torts sampai kering kontang dah otak. Ok lewah sangat. Entri kali ni dibuat just untuk peringatan diri sendiri ja. Just in case aku lupa benda2 yang nak ditulis ni so aku tulis merata-rata untuk ingatkan diri sendiri. Tolak minggu depan cuti seminggu, tinggal dalam 3 minggu ja lagi nak final exam. Omo. So entri kali ni adalah untuk ingatkan diri aku sendiri apabenda yang aku kena bereskan sebelum cuti, semasa cuti, n sebelum final. Phew~


- Presentation torts (24/5/2012)
- Skrip korea (4/6/2012)
- Listening test korea (4/6/2012)
- Written assignment ctu (4/6/2012)
- Skrip video koku (Waktu cuti)
- Test 2 BEL (6/6/2012)
- Assignment Consti (6/6/2012)
- Test 2 MLS written law (6/6/2012)
- Summary report BEL (Week 13/14)
- Report presentation individual BEL (Week 13/14)
- Submission video koku (14/6/2012)
- Submission video korea (No date yet)
- Writing n speaking test korea (Second week after break)


                    Dan dengan itu sesiapa boleh tolong bagitau kenapa cuti tu dipanggil cuti. Tak rasa ka lebih sesuai dipanggil assignment week. sobs. Aku dapat rasa yang kerja ni akan bertambah sebab contract tak dapat assignment pon lagi. Takkan tak dak pulak kan sebab tak dak assignment carry mark nak mai kot celah mana. Takpa la kerja banyak pon. Nama pon pelajar kan. Satgi tak dak kerja pon boring jugak. Buat assignment boleh la jugak tau aku ni hampeh kat bahagian mana. Matlamat cuti tu nak siapkan consti, BEL, CTU dengan study korea. Mungkin aku patut ubah bukan nak tapi kena siapkan. Korea takpa tiap2 hari aku study. ewah. Study jala terer nya dak jugak.heh. Semoga berjaya lah Farah mengharungi hari-hari yang sudah terang lagi bersuluh agak berliku. Yang penting weekend ni kita p berawesomeness dulu sebelum balik.weeehuuu~




p/s : Ahad ni balik rumah. Balik! balik! balik! (baca mcm org tengah demonstrasi) oppss~


sila-sila lah komen :)

Sunday, 20 May 2012

Still Fly

Why should give up when u don't even bother to try. 
Why should give up when u can fly high up to the sky.
The world will never be according what u want it to be.
So does that allow u to stop climbing n stay quietly?


" My plane never landed it only departs " - Zico


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis