BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 17 December 2011

Yeah, before.

Assalamualaikum w.b.t


               Huuu ~ post baru sambil feeling2 dengaq lagu 7 years of love. Walaupun aku tau tak dak sapa pon nak baca blog ni tapi aku tetap setia mengetuk keyboard aku sebab..hmm..sukahatila. Pejam celik pejam celik dah nak habeh sem. Maka 2 minggu yg tinggai ni semua lecturers nak boh kami sampai lembik. Minggu ni ja aku tak tau berapa test,kuiz, assignment, presentation yg aku buat sampai jammed kepala otak. Ok, aku dah melalut. Kembali ke tujuan asal entri ni.


                Aku sebenaqnya nak cerita pasai satu incident (betui ka term ni), baru ja jadi hari khamis haritu. Sebab apa aku gedik sangat nak cerita? sebab incident dah buat aku muhasabah diri aku. Hari khamis haritu kelas petang aku ada test MLS. Oh MLS tu Malaysian Legal System. Aku pon sampai kelas sumpah cuak sebab masuk tajuk judicial precedent yg kebetulan waktu lecture tajuk tu aku terlelap so aku mcm lost sikit tajuk ni. 


                 Pastu dah miss,yup miss sebab lecturer aku tak kahwin lagi, miss sampai start la test. Lega tengok soalan memberangsangkan la jugak. Tengah semua orang khusyuk dok jawab test tetiba dengaq la bunyi bising dari luaq. Alah bunyi orang2 bersenda gurau gelak berdekah-dekah. Jangan buat tak tau macam la hampa semua tak penah buat. Kami pon panggung kepala pastu nampak miss gelak2. Kami pon gelak2. Yola clear gila kot budak2 tu sembang. Ya budak2 sebab budak asasi kan (bajet senior aku ni). Then sambung la jawab macam biasa.


                  Dok tak berapa lama lepas tu kejadian yang sama ulang lagi. Kami pon gelak lagi. Pastu miss aku kata " Tak payah la nak gelak sangat. u all pon macam tu dulu. Before u know that law is not something that can be laughing off ". Pastu kami pon gelak lagi. Bukan apa, betui la tu apa yang miss cakap. Dulu waktu asasi boleh ja gelak melawak tak ingat dunia. Belajaq law pon boleh hidup dengan bahagia & bersenang lenang. Tapi masuk degree ni banyak benda berubah & banhyak persepsi yg perlu diubah.


                   Kalau dulu waktu asasi rasa macam susah, maka degree 10x lagi susah. Mungkin aku boleh kata asasi tu 1/10 ja dari kesusahan waktu degree. Ni baru part 1 belum sampai part 6 lagi. Belum sampai LLB lagi. So, aku mintak la budak2 asasi yg aku nampak ada setengah tu macam bangga sangat la ni dok Asasi Undang2, janganlah rasa safe sangat. Things can happen. Macam-macam boleh jadi. Kita yang corak masa depan kita macam mana. Eceh ni memang bajet senior habeh ar ni.haha. Law bagi aku memang susah. Tapi tak mustahil nak terus belajaq benda ni. Cuma yang penting determination & kerajinan kot kena ada.Sebab tu aku risau bila aku macam dah nak ke arah malas nak study.ish.


                    So, apa yg miss aku cakap tu sedikit sebanyak bagi kesan la kat aku untuk berusaha dengan gigih lagi. Final exam pon tak lama lagi. Matlamat aku setakat la cuma nak pointer atas 3.0. Kalau dapat Dean List lagi baguih. Tapi macam tinggi ja angan-angan yang tu.haha. Apa yang penting, minggu depan berderet-deret segala macam mak nenek tunggu untuk di submit. Kelas2 ganti pon semua nak buat minggu depan la jugak. Test pon ada lagi. So kena gigih supaya semua tu bereh dengan smoothnya. Fighting!




p/s : Dah nak masuk 2012, dah nak 20. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka.


sila-sila lah komen :)

Wednesday, 7 December 2011

Ce Habaq Mai.

Assalamualaikum w.b.t


     Disebabkan group aku dapat soalan tahun 2001 untuk assignment Tort kami pon tak dapat nak cari dalam sistem sebab tak boleh login bagai. So tadi baru ambik soalan tu dari madam. Aku balik bilik pon try la baca. Soalan tu macam ni:


Riak, who was 20 years old, had just passed his driving test. Wanting to impress his girlfriend, Aweku who was 19 years old, he sneaked into his father's BMW and asked her out for ride. They went to enjoy themselves at at Hard Grange Cage.

Cut maklumat tak penting.

Riak was not concentrating on his driving as he was busy talking to Aweku. Suddenly a van appeared from the blind corner and the van swerving left and right as its driver, Mabuk was drunk. Riak lost control of the car and the two vehicles collided on Riak's side of the road.

Cut drama melalut.

Cik Pah who was awakened from her sleep by the loud bang from the collision, rushed to help the victims. She immediately attended to Mabuk. However, Mabuk died on her lap. Cik Pah knew Mabuk as they were lovers before Cik Pah ended their relationship earlier that evening. Before Mabuk  died, he was able to utter the words "i love u" to Cik Pah. Since the day of the accident Cik Pah has been suffering from a psychiatric depression and is inable to go to work.

The parties involved are now considering legal action. Advise them.




Aku baca ja ni terus aku gelak golek golek atas katil. Aku tak boleh bayang macam mana senior2 yang kena jawab soalan ni waktu final dulu mcm mana dalam exam hall. Soalan tak boleh dramatis lagi. Part Cik Pah paling tak boleh belah. Ni mau kes ni bawak p court aku rasa hakim dengan lawyer2 pon mau nak gelak guling2. Mau lagu ni soalan exam waktu dok baca tu hilang habeh dah apa dok ingat elements2 of psychiatric ilness, cases, held semua mesti hilang habeh. HAHAHAHA. Apa-apa pon assignment ni kena hantaq minggu depan. Stress! Kerja bertimbun hoiii~




p/s : 3 minggu ke Final exam. Aku cuak!




sila-sila lah komen :)

Wednesday, 9 November 2011

If

It's good,it's good
if
we are still the same just like before
it's good, it's good
if
we can still laugh happily just like before
it's good, it's good
if
our bond of friendship remain just like before
it's good, it's good
if
we can still help each other to ease our problem
it's good, it's good
if
that place can still be our place of happiness
it's good, it's good
if 
you don't change & those changes grabs my feeling of gratitude towards you
it's good, it's good
if
you realize that friendship that we created is way more valuable than money
it's good, it's good
YES, it's good 
if
the word IF never exist when i reminisce our memories.
Yes it's good.




p/s : idea dapat sb madam lambat sampai waktu lecture contract. N oh aku silap eja real steel kat entri sebelum ni :p my bad.


sila-sila lah komen :)

Thursday, 3 November 2011

Punah punah

Assalamualaikum w.b.t


                   Pepagi buta ni dengan dok sorang-sorang dalam bilik dan aku pon tatau nak buat apa. So, aku pon merajinkan diri menaip apa yang patut supaya blog ni ada entri baru. Walaupun sebenaqnya setakat aku tulis intro ni still tak tau nak goreng apa dalam entri ni.


                    Memandangkan aku still tak tau nak tulis apa jadi aku nak story la tentang hidup aku yang tak berapa nak menarik sangat. Minggu ni aku dapat rasa yang duit aku keluaq lagi laju dari ayaq paip kat Mawar.heh. Aku beli baju. Baju apa?baju ELF.hehe. Tapi ada tujuan la kan aku beli baju tu dan atas sebab tertentu tujuan tu pon dirahsiakan. Pastu atas pengaruh Isma aku pon 'ter'beli baju Miss A jugak. Salahkan baju tu sebab comei sangat >.<


                     Minggu ni kalau ikut sangat hectic. Yala alang-alang nak cuti seminggu ni semua lecturer pon gigih buat test la tu la ni la. Aku yg student ni boleh buat apa kan ikut jala. Tapi aku baru perasan ah yg minggu ni tiap2 hari aku bangun lambat pastu sampai kelas cukup2 makan ja. -_-'' Dan paling terbaik hari rabu aku lambat p test BEL. Walaupun 10 minit ja tp bukan salah aku kot. Ramai gila orang guna surau c5 sebab surau c3 tengah renovate. Hari ini dalam sejarah jugak hari isnin aku lambat p kelas Korea. Pastu ada classmate aku cakap, aku tak pernah p kelas awai. Selalu sampai tepat ja waktu. Bila aku pikiaq balik betui jugak. Sejak2 degree ni selalunya paling awai pon aku sampai 5 minit sebelum kelas start. Tapi ok la kan at least aku tak pernah ponteng kelas lagi. Eh lupa pernah dah sekali terlepas kelas CTU. Monday blues orang kata.hihi.


                      Minggu ni jugak aku dengan sangat gigih buat macam2 nak bagi mata ni terbukak waktu lecture. Sebab tak cukup tidoq so esok pon ngantuk. Tapi nak buat camna nak test haruslah kena study. Aku tamau la main2 sangat macam waktu asasi dulu. Tambah lagi ni sedaq tak sedaq dah nak cuti mid sem. Masuk balik lepas cuti dah tinggai sebulan lebih sikit ja nak final. Aku cuak doe. Tambah lagi sekarang ni masuk kelas lecture mesti ada senior yang join sebab depa kena repeat. Oleh tu aku berhasrat nak praktikkan cuti seminggu tu dengan jayanya. Harap2 tu boleh la kan. Ahhh n baru aku teringat yang naik cuti jugak weekend ada Obesity Awareness Campaign. Aku harap semua jalan dengan smooth sebab ni first project budak Part 1 untuk SCLC. Yang paling kena smooth Masswalk la sebab aku under tu. 


                      Yang penting lagi 2 hari nak balik rumah. yay! Tak sabaq gilaaa aku nak balik kot. Memang dah tak dak dah hati nak p kelas bagai. Tapi kena bagi ada hati jugak la kan kalau dak punah masa hadapan yg tak tau lagi gemilang ka dak.heh.Ni dah pukul 4 tapi aku ni tak reti-reti nak tidoq lagi tak padan dengan esok ada lecture contract. Contract weyh!! ciaw~




p/s : Oh dah November, kita tunggu tengok apa nak jadi. Aku akn anggap tu sbg explanation la kan.


sila-sila lah komen :)

Saturday, 29 October 2011

Bangga Gilos!

Assalamualaikum w.b.t


                  Walaupun lagu yang berkumandang kat telinga aku saat aku meng'katok' keyboard ni lagu sedih tapi jangan risau ni entri yang penuh dengan kebanggaan & kegembiraan.Haha.

                  Semalam 28 oktober 2011, sempena Majlis Penutup Pesta Konvo UiTM buat Nite Run For Palestine. Semua budak Mawar macam biasa wajib kena p kononnya kupon wajib kolej semester hadapan. Pagi petang siang malam dok habaq tu ja. Kalut la depa ni kalau tak habaq macam tu pon aku p la. -_-'  Pastu aku dengan kawan2 sekalian pon p la dengan penuh semangat. Satu sebab larian tu charity punya. Sebab ke 2 nak lupa pasai soalan test TORT yang macam hapakebenda plus masalah keserabutan Masswalk yang tak selesai2 lagi. Aku pon cuak takut tak dan minggu depan nak cuti dah.

                  Dah sampai kat padang kawad aku ingat ramai tak turun sekali pergghhhh ramai gilo kot turun. Tapi sedih sikit Perindu, Teratai, Delima semua dapat baju tapi Mawar tak dak. Kedekut bebeno. So lepas VC berucap, tengok bunga api bagai kami pon start lari. Perghhh sebelum ni aku perasan route sampai kat Perindu ja sekali dia pusing satu UiTM woiiii. Bayangkanlah berapa banyak bukit nak kena panjat. Bukit Perindu boleh terima lagi sebab selalu lalu p kelas. Bukit lepas pintu seksyen 2 rasa macam nak menangis golek2. Bukit Anggerik rasa macam hilang separuh nyawa. Tapi berkat kegigihan & memandangkan aku buat ni utk charity + kupon kolej aku pon aku sampai balik padang kawad. AKU SAMPAI! YAYYY! hehehehe. Tak dak la lama sgt pon dalam setengah jam ja nak pusing UiTM kalau lari. Tak payah laju lari2 anak ja pon.

                   Lepas balik Mawar ambik makanan kupon semua. Tapi seriously pengurusan budak sport rec memang macam ****. Yup memang aku bersifat facultylist sikit kat sini.heh. So  kesimpulannya aku nak cita yang aku bangga aku habis lari tu ja. Ciaw ah malam ni nak p tengok wayang pacak pulak. Merong Mahawangsa woot woot. (dasar tak sedaq diri minggu depan ada 2 test :p)


p/s : esok nak p tengok reel steel. Hoyeah finally ada jugak masa nak p tengok!


sila-sila lah komen :)

Tuesday, 25 October 2011

Hidup

Because the word 'easy' never exist in my life 
&
that's the only reason I survive until now.

p/s : and always will be. I hope ;p


sila-sila lah komen :)

Friday, 30 September 2011

Pergi

Innalillah...


30 Syawal 1432


Wan dah pergi
Wan dah tak ada
Semoga Wan bahagia kat sana nanti
Hilang sudah sengsara dunia.
Al- Fatihah






p/s: Jangan cakap aku tak sedih semata-mata air mata tak menitis untuk tatapan semua sebab hati aku menangis.


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis