Assalamualaikum w.b.t
Kenapa entri ni tajuk belasah semua? sebab aku nak belasah cerita semua benda dalam satu entri ni ja. Semua apa aku rasa nak tulis akan aku compilekan dalam entri ni. Macam summary gitu. ahakz!
Cerita 1- Sakit.
Aku pon tak faham apa yang tak kena. Tapi tulang2 dalam badan aku ni selalu sangat rasa ngilu. Tambah2 yg kat kaki. Kekadang tu bukan waktu sejuk ja panas pon still rasa ngilu. Kalau tak sakit aku tak kisah, ni kadang2 tengah tidoq waktu malam sedap2 tengah mimpi putera idaman tetiba mai sakit tu mau keluaq jugak ayaq mata tetengah malam. Tapi sejak balik UiTM ni tak dak dahla rasa sakit tu. Nak jadi masalah, lutut pulak sakit. Sejak semalam tetiba ja sakit. Bila belajaq kat UiTM ni pastu sakit lutut pulak memang terbaek la kan. Dahla kelas aku semua macam tak boleh nak tinggi lagi. Haih apala nasib badan muda2 dah sakit lutut.
Cerita 2 - Kolej & Roomate.
Dua hari lepas aku pon dah selamat menjadi pelajar Kolej Mawar balik. Dengan semangatnya aku daftar ingatkan nak dapat bilik 4 orang. Tengok2 dapat bilik untuk 2 orang. Bukan aku tak suka, tapi bilik 2 ni sunyi la sikit. Tak happening orang kata. Depa bagi kat aku nun tingkat 7. 2B-07-28. Mujuq la ada lif, mau dak naya aku. Roomate aku okek ja. Dia umuq 21 tapi bila aku tanya nak panggil kak ka dia kata tak payah nanti rasa tua.haha. Dia ambik pengajian bahasa inggeris tuuu. Sure cakap omputih macam ayaq. Tapi ni lah kelemahan bilik berdua. Bila roomate tak dak rasa sunyi ja. Tapi ok la sebab ada banyak spaces sekarang dalam bilik. Just almari ja tak bg yang besaq2. Cuma masalahnya sekarang aku dah reserve duit yuran kolej RM210 sebab ingat dapat bilik 4 sekali ni dapat bilik 2 kena RM420 kot. Nak cekau mana??. Mintak abah??. Aku bab2 mintak duit ni yang lemah ni. huuu~
Cerita 3 - Classmates.
Sem 1 fac tentukan kelas. Sedih. Aku dapat kelas LWB01A kelas first tuuuu.haha. Aku tak kenai sorang pon budak pompuan dalam kelas tu. I mean I'm familiar with their faces but i'm not that close with them. So awkward tau dak. Aku taktau la macam mana nak survive dalam kelas. Aku kena beramah mesra dengan gigihnya la gamaknya.
Cerita 4 - The Law.
Minggu ni dah start masuk kelas walaupun tak start belajaq lagi tapi lecturers semua macam bagi briefing la berkenaan setiap subjek. Dalam2 bg peringatan tu depa tak lupa nak peringat jugak subjek yg mempunyai kadar fail yg sangat tinggi. Aku cuak. Aku ada sikit rasa tak percaya yang aku dah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda. Pastu one of the lecturer told us to ask ourselves whether we could survive this? n is this what we really want??. For me the answer is simple. I don't have to think whether I could survive or not. Because we can went through everything if we really want something in our life. Nothing is impossible if we work real hard. I won't give up because just imagine, if I give up, I dissapoint way tooooo many people. Plus this is what I want. So why should I give up when I already put a lot of effort for this. So just fighting all the way! :)
Cerita 5 - Hati.
Hati belum sembuh dah cukup nak describe pasal cerita ke 5 ni. Tambah lagi dah masuk belajaq balik, ada hati yang tergugat. Tak sangka.
Okeh hujan pon macam nak turun. Mata pon macam nak tutup. Baik aku tidoq satg pukul 2 ada kelas BEL. BEL?? Arghhhh
p/s : Kalau dulu kelas awesome sekarang kelas awkward. Maybe baru lagi. Lets wait n see :)
Wednesday, 14 September 2011
Belasah Semua.
Posted by farazmi at 12:38 pm 0 comments
Saturday, 3 September 2011
Dari Dulu Mereka
Assalamualaikum w.b.t
Tadi Elya tagged gambaq ni kat Facebook pastu dekat description dia tulis:
" kawan2 ni x leh lupa sampai mati ". Aku like statement tersebut sejuta kali.hehehe. Yup memang mereka orang2 yang boleh didapati dalam gambaq entri sebelum ni tapi aku saja gedik nak letak lagi sebab description tersebut. Blog aku kan sukahati la. Tapi aku nak kata jugak bukan kawan2 ni ja yang tak lupa sampai mati, Teacher Azura yang berbaju biru pon aku akan ingat sampai bebila. Best teacher ever. Banyak kenangan dengan depa2 ni semua. Tetiap tahun aku x pernah missed kot pi rumah dia time raya. Just tahun ni tak pi waktu open house la sebab tak dan dah semua nak p belajaq. >.<
p/s : Aku pya tangan yg dah memang besaq nampak lg besaq sb t-shirt kat dalam tu punya pasai -_-''
Posted by farazmi at 12:56 am 0 comments
Monday, 29 August 2011
Reunion :)
Assalamualaikum w.b.t
Semalam 28/9/2011 aku bukak puasa dengan kekawan lama. Kekawan sekolah rendah dulu. Kira macam reunion la jugok.huhu. Alah memang la sebab Perlis ni kecik bole ja terserempak dengan depa kat mana2 tapi sebab la ni semua orang dah p belajaq merata bila sesekali jumpak macam ni pon nice jugak. Kalau semua dapat mai lagi best. Harap sangatla kita boleh still jumpak macam ni tak kira la umuq kita dah berapa pon nanti. Ada dari depa ni semua aku dah kenai dari tadika lagi. So aku harap kita selalu ingat lah yang kita ni kawan2.wink2 ;)
p/s : Reunion nama pon mestila ada kenangan lama yang keluaq.huhu
Posted by farazmi at 9:52 pm 0 comments
Labels: Life
Alangkah
5 tahun aku tunggu dulu.
Tak pernah sikit pon berubah.
Alangkah bagusnya kalau hang sedaq tu dari dulu.
Posted by farazmi at 8:36 pm 0 comments
Sunday, 28 August 2011
Aku Pun Manusia
Assalamualaikum w.b.t
Fuh fuh tiup-tiup blog berhabuk. Dah 2 minggu kot tak hapedate*takwujudalamkamus* blog ni. Bukanlah sebab hidup aku terlampau bosan tahap akut sampai tak ada benda nak tulis dalam blog ni cuma satu perasaan yang aku tak tau bila aku dapat lari dari beliau iaitu MALAS menguasai setiap urat saraf yang ada. Ewah. Selalunya bila aku rasa nak tulis something tu dalam blog ni, aku karang berjela jela dengan ayat paling bombastik puitis menggeletis. Tapi bukan aku karang dalam blog la, aku karang dalam otak ja pastu simpan dalam memori pastu erk missing in action semua tu.
Oh berbalik kepada entri aku kali ni yang sebenarnya nak meluahkan rasa kekecewaan, ketidakpuasan hati, kesedihan dan bermacam-macam ke yang mungkin turut wujud la kan. Aku pun manusia maknanya aku pun ada hati & perasaan jugak. Jadi betapa kecewanya aku bila ada mulut2 yang laju berkata tanpa usul periksa. Betapa tak puasnya hati aku bila segala tindakan disalah cerna. Betapa sedihnya aku bila tak berniat nak melukakan tapi dikata tak pandai menjaga hati manusia. Aku berani kata sumpah sekali pun tak pernah terlintas kat hati aku nak buat semua tu sebab duit semata-mata. Aku buat semua tu atas dasar tu tanggungjawab aku. Bukan jugak aku nak mintak pujian melambung-lambung yang aku ni manusia paling berhati mulia kat dunia. Cuma mintak untuk dihargai & bukan dicerca. Aku cuma mintak untuk dihargai atas usaha yang aku beri kat tahap paling maksima. Tapi yang aku dapat cuma dikata membuat sesuatu dengan sambil lewa. Laju sungguh depa kata sampai depa mungkin lupa yang aku pun manusia sekaligus membawa maksud aku ada hati & perasaan. Entahla memang selalunya aku akan biaq semua benda berlalu macam tu ja tapi kesabaran ada hadnya.
If I don't say i'm thankful, doesn't means I take things for granted.
If I don't say i'm angry, doesn't means i'm at peace.
If i'm smiling outside, doesn't means i don't cry inside.
If i'm ignoring something, doesn't means it's not important to me.
If I forgive people easily, doesn't means i'm easy.
If I don't say outloud my problems, doesn't means I don't have any.
My patience has limit. For the past few days I don't know why things seems to be compiled way too much inside me. I'm suffocate with my own feeling and frustration. It feels like it gonna burst anytime soon. I'm afraid that when that time comes, i'll be the saddest person in the world. Please don't let it be like that because I have enough reasons to be sad already. If I have to be sadder than now, I bet I couldn't control it anymore.
p/s : Cukuplah masalah yang satu tu bg semak kepala aku dari dulu lg. Ya masalah yg sampai sekarang aku tak jumpak jalan keluar. HATI.
Posted by farazmi at 1:41 am 0 comments
Sunday, 7 August 2011
RINDU :')
Assalamualaikum w.b.t
Yeah memang aku over sebab letak dua entri dalam satu hari. Tapi sebenaqnya dua2 entri ni berkaitan. Memula aku ingat nak letak sekali tapi sebab mcm hangpa semua nampak entri satu lagi serabut tahap teruk. Nampak sangat aku bukan blogger handalan. Tapi tak kisah ah aku nak tulis jugak.
RINDU. Apa sebenaqnya aku rindu. Aku rindu bumi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) KANGAR PERLIS. Ya aku rindu tanah wakaf tu. So apa kaitan aku rindu sekolah dengan entri pasai tazkirah. Ada kaitan ka?. Jawapannya memang banyak kaitan.
Sejujurnya dah lama aku tak dengaq tazkirah. Maksudnya yang secara live yang dalam TV tak kira na. Dulu waktu kat SMKAP aku tak payah mintak nak dengaq tazkirah. Hari2 aku selalu diisi dengan tazkirah. Tambah2 waktu perhimpunan confirm2 ada tazkirah. Aku mengaku disebabkan aku ni sangatla kureng & tak reti menghargai waktu tu, kadang2 aku tak ambik tau sangat pasai tazkirah perhimpunan. Tapi selalunya aku dengaq. Kalau hangpa tak caya boleh check buku catatan tazkirah aku. Aku simpan lagi tau. Aku dapat banyak ilmu waktu tu. Mungkin dari dulu pon aku dah menghargai ilmu tu semua sebab tu aku simpan lagi buku catatan tu tapi la ni aku sedaq yg aku mungkin patut lebih menghargai.
Aku ingat lagi ddulu2 ustazah2 & cikgu2 selalu kata yg baik la nikmati hidup kat bumi wakaf tu sebab percayala bila kamu dah tinggalkan sekolah kamu akan rindu suasana kat sini. Dulu aku tak ambik tau sangat pasal tu & la ni baru aku faham perasaan tu macam mana. Kadang2 bila aku dengaq tazkirah/ceramah aku teringat sekolah. Bila aku baca Quran aku teringat kat sekolah. Teringat dulu turun baca Quran kat dewan ramai2 tiap2 pagi. Teringat bila bulan posa sembahyang zohor ramai2 kat dewan & kadang2 tak dapat dengaq imam sebab turun lambat pastu kalut.*hehe*. Teringat betapa sunyi tak dak sikit bunyi pon bila setiap kali azan sebab semua orang menghormati azan. Teringat nak belajaq syariah & Quran sunnah pastu kena hafal macam2 hadith,dalil,sebab nuzul n maksud ayat. Sumpah aku sedih bila kadang2 aku dengaq hadith/ayt quran disebut aku tak ingat maksudnya sedangkan dulu aku hafal semua tu. Betapa berdosanya aku lupa benda tu semua walaupun bukan completely. Astaghfirullah.
Aku rindu jugak bila setiap hari jumaat kena jadi naqibah untuk bagi tazkirah kat budak Form 1. Terkial2 aku rujuk buku sebab aku ni ilmu pon tak cukup. Teringat bila kena marah dengan cikgu sebab mcm2 persiapan untuk first punya PKS. Teringat keluaq rehat 10 orang pastu bising satu kantin. Teringat dulu dari 10 orang 2 3 orang ja beli ayaq pastu kongsi2 *ayaq mesti teh o ais haha*. Teringat mai sekolah awai sebab tak mau junior parking kat depan nanti susah nak keluaq*padahai balik lambat*. Teringat balik sekolah naik motor macam keretapi 7 orang semua pakai sweater sama. Terngat halfway nak p sekolah tetiba hujan sampai sekolah basah lencun. Teringat kalau cikgu kimia panggil buat equation kat depan mesti ketaq mcm nak mati.*dahla suka panggil nama aku*. Teringat tiru tandatangan cikgu sebab waktu pagi lupa tulis buku rekod cikgu masuk mengajaq. Teringat waktu jadi pustakawan bila hujung bulan kena buat rekod membaca untuk satu sekolah gila bapak susah kena tilik satu2. Teringat jugak tertidoq dekat atas kerusi depan kelas sebab tunggu orang bawak kunci mai lambat dari aku.*6.45 dah sampai sekolah dulu*.
Ya aku rindukan sekolah, kawan-kawan sekolah, suasana kat sekolah, pengalaman kat sekolah. Dulu kat sekolah aku boleh senyum n bergelak dengan gembira. Bila dah makin besaq aku banyak jumpak mereka yg berdrama dari mereka ikhlas berkawan. Kat sekolah dulu tak dak semua tu. Sekarang ni mungkin aku rindukan SMKAP. Hari2 lain manatau aku rindu SKSI @ TADIKA MONTESSORI PUTRA PUTRI pulak.*hehe*
p/s : UITM SHAH ALAM pon tak kurang rindunya ;)
Posted by farazmi at 2:27 am 0 comments
Tazkirah Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t
Sepertimana tajuk kat atas tu, ya aku nak kongsi la sikit pasal input yg aku dapat dari tazkirah yg diberi oleh ustaz masa solat tarawikh hari tu.Bukan ka kita memang patut menyampaikan ilmu walaupun hanya sebaris ayat.
Ok,aku pecah2 kan la apa yg ustaz tu kata. Aku nak terang dalam bentuk ayat2 yg mcm ahli2 agama ni memang tak boleh la kan jadi aku guna ayat biasa2 ja. Ustaz tu pon pakai bahasa yg simple & senang orang paham jugak.
1.Pasai persepsi kita tentang hidup. Kita manusia selalu berfikiran yg kita ni nak mati lambat lagi. Memang bukan semua pikiaq mcm tu tp mostly selalunya pikiaq camtu. Kadang2 kalau kita tak terpikiaq pon kita lalai & buat perkara yg tak mengingatkan kita pada hari kematian. Kita selalu buat mcm kita boleh agak bila waktu kematian kita. Antara contoh yg ustaz tu bg:
- Tak maula naik bas nanti takut accident. Tak maula naik kapal terbang nanti takut terhempas. Tak maula naik keretapi nanti takut tergelincir.
Tapi kita lupa yg ajal maut semua di tgn Tuhan. Sudah jelas tertulis segala
akan berlaku jadi siapala kita manusia nak mengagak apa yg akan terjadi.
Tugas kita cuma berusaha & bertawakal sahaja. Ya kalau sampai ajal dok
dalam rumah tak buat apa2 pon boleh ditarik nyawa kita. Jadi apa yg ustaz
tu nak kaitkan dengan Ramadhan ialah kita tak tau bila ajal kita jadi
bersyukurla kita ada kesempatan berada di dalamnya sekali lagi.
Gunakanla setiap hari Ramadhan tersebut dengan sebaiknya. Kita tak tahu
mungkin tahun ini kita cuma diberi peluang untuk menikmati 10 Ramadhan
sahaja. Ya kita tak tahu. Cuma Allah Maha Mengetahui.
2. Yang keduanya ustaz tersebut menyebut tentang bagaimana kita menerima
Ramadhan. Antara situasi yg diberikan oleh ustaz tu :
- Ramadhan terlalu singkat tak sempat nak buat kebaikan. Mungkin
kalau diberi 90 hari sempat meluangkan masa nak beribadat.
- Bila Ramadhan barulah nak bukak Al Quran. Barulah nak menjenguk
masjid
- Bila Ramadhan tak boleh mengumpat, tak boleh pakai seksi, taak boleh buat perkara tak elok nanti berdosa. Apa kalau bukan bukan bulan Ramadhan semua tu tak berdosa kalau buat?
Ya memang aku tau akan ada yg kata "tu kira baik dia buat jugak waktu
bulan posa". Memang bagus jadi apa salahnya jadikan bulan Ramadhan tu
untuk berubah secara kekal dan bukannya sementara sahaja hanya kerana
bulan Ramadhan. Ustaz tu pesan janganla kita ni jd hamba yg menyembah
bulan Ramadhan jadilah hamba yg menyembah Allah yg Maha Esa kerana
Ramadhan itu perintah dariNya. Setakat tu ja yg ustaz tu sempat bagi.
Nama pun tazkirah jadi sekadar untuk mengingatkan kita yang mungkin
lalai. Aku cuma berkongsi isi2 ni semua yg keluar dari mulut ustaz tu.
OH AKU BUKANNYA NAK TUNJUK BAIK SEBAB SEKARANG BULAN
PUASA. CUMA BERKONGSI APA YANG PATUT.PEACE :)
p/s : Soal lah diri kita sebelum terlambat sebelum kita disoal oleh yg Maha Esa.
Posted by farazmi at 1:40 am 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

