Assalamualaikum w.b.t
Huuu ~ post baru sambil feeling2 dengaq lagu 7 years of love. Walaupun aku tau tak dak sapa pon nak baca blog ni tapi aku tetap setia mengetuk keyboard aku sebab..hmm..sukahatila. Pejam celik pejam celik dah nak habeh sem. Maka 2 minggu yg tinggai ni semua lecturers nak boh kami sampai lembik. Minggu ni ja aku tak tau berapa test,kuiz, assignment, presentation yg aku buat sampai jammed kepala otak. Ok, aku dah melalut. Kembali ke tujuan asal entri ni.
Aku sebenaqnya nak cerita pasai satu incident (betui ka term ni), baru ja jadi hari khamis haritu. Sebab apa aku gedik sangat nak cerita? sebab incident dah buat aku muhasabah diri aku. Hari khamis haritu kelas petang aku ada test MLS. Oh MLS tu Malaysian Legal System. Aku pon sampai kelas sumpah cuak sebab masuk tajuk judicial precedent yg kebetulan waktu lecture tajuk tu aku terlelap so aku mcm lost sikit tajuk ni.
Pastu dah miss,yup miss sebab lecturer aku tak kahwin lagi, miss sampai start la test. Lega tengok soalan memberangsangkan la jugak. Tengah semua orang khusyuk dok jawab test tetiba dengaq la bunyi bising dari luaq. Alah bunyi orang2 bersenda gurau gelak berdekah-dekah. Jangan buat tak tau macam la hampa semua tak penah buat. Kami pon panggung kepala pastu nampak miss gelak2. Kami pon gelak2. Yola clear gila kot budak2 tu sembang. Ya budak2 sebab budak asasi kan (bajet senior aku ni). Then sambung la jawab macam biasa.
Dok tak berapa lama lepas tu kejadian yang sama ulang lagi. Kami pon gelak lagi. Pastu miss aku kata " Tak payah la nak gelak sangat. u all pon macam tu dulu. Before u know that law is not something that can be laughing off ". Pastu kami pon gelak lagi. Bukan apa, betui la tu apa yang miss cakap. Dulu waktu asasi boleh ja gelak melawak tak ingat dunia. Belajaq law pon boleh hidup dengan bahagia & bersenang lenang. Tapi masuk degree ni banyak benda berubah & banhyak persepsi yg perlu diubah.
Kalau dulu waktu asasi rasa macam susah, maka degree 10x lagi susah. Mungkin aku boleh kata asasi tu 1/10 ja dari kesusahan waktu degree. Ni baru part 1 belum sampai part 6 lagi. Belum sampai LLB lagi. So, aku mintak la budak2 asasi yg aku nampak ada setengah tu macam bangga sangat la ni dok Asasi Undang2, janganlah rasa safe sangat. Things can happen. Macam-macam boleh jadi. Kita yang corak masa depan kita macam mana. Eceh ni memang bajet senior habeh ar ni.haha. Law bagi aku memang susah. Tapi tak mustahil nak terus belajaq benda ni. Cuma yang penting determination & kerajinan kot kena ada.Sebab tu aku risau bila aku macam dah nak ke arah malas nak study.ish.
So, apa yg miss aku cakap tu sedikit sebanyak bagi kesan la kat aku untuk berusaha dengan gigih lagi. Final exam pon tak lama lagi. Matlamat aku setakat la cuma nak pointer atas 3.0. Kalau dapat Dean List lagi baguih. Tapi macam tinggi ja angan-angan yang tu.haha. Apa yang penting, minggu depan berderet-deret segala macam mak nenek tunggu untuk di submit. Kelas2 ganti pon semua nak buat minggu depan la jugak. Test pon ada lagi. So kena gigih supaya semua tu bereh dengan smoothnya. Fighting!
p/s : Dah nak masuk 2012, dah nak 20. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka.
Saturday, 17 December 2011
Yeah, before.
Posted by farazmi at 6:17 pm 0 comments
Wednesday, 7 December 2011
Ce Habaq Mai.
Assalamualaikum w.b.t
Disebabkan group aku dapat soalan tahun 2001 untuk assignment Tort kami pon tak dapat nak cari dalam sistem sebab tak boleh login bagai. So tadi baru ambik soalan tu dari madam. Aku balik bilik pon try la baca. Soalan tu macam ni:
Aku baca ja ni terus aku gelak golek golek atas katil. Aku tak boleh bayang macam mana senior2 yang kena jawab soalan ni waktu final dulu mcm mana dalam exam hall. Soalan tak boleh dramatis lagi. Part Cik Pah paling tak boleh belah. Ni mau kes ni bawak p court aku rasa hakim dengan lawyer2 pon mau nak gelak guling2. Mau lagu ni soalan exam waktu dok baca tu hilang habeh dah apa dok ingat elements2 of psychiatric ilness, cases, held semua mesti hilang habeh. HAHAHAHA. Apa-apa pon assignment ni kena hantaq minggu depan. Stress! Kerja bertimbun hoiii~
p/s : 3 minggu ke Final exam. Aku cuak!
Posted by farazmi at 1:50 am 0 comments
Wednesday, 9 November 2011
If
p/s : idea dapat sb madam lambat sampai waktu lecture contract. N oh aku silap eja real steel kat entri sebelum ni :p my bad.
Posted by farazmi at 2:10 am 0 comments
Thursday, 3 November 2011
Punah punah
Assalamualaikum w.b.t
Pepagi buta ni dengan dok sorang-sorang dalam bilik dan aku pon tatau nak buat apa. So, aku pon merajinkan diri menaip apa yang patut supaya blog ni ada entri baru. Walaupun sebenaqnya setakat aku tulis intro ni still tak tau nak goreng apa dalam entri ni.
Memandangkan aku still tak tau nak tulis apa jadi aku nak story la tentang hidup aku yang tak berapa nak menarik sangat. Minggu ni aku dapat rasa yang duit aku keluaq lagi laju dari ayaq paip kat Mawar.heh. Aku beli baju. Baju apa?baju ELF.hehe. Tapi ada tujuan la kan aku beli baju tu dan atas sebab tertentu tujuan tu pon dirahsiakan. Pastu atas pengaruh Isma aku pon 'ter'beli baju Miss A jugak. Salahkan baju tu sebab comei sangat >.<
Minggu ni kalau ikut sangat hectic. Yala alang-alang nak cuti seminggu ni semua lecturer pon gigih buat test la tu la ni la. Aku yg student ni boleh buat apa kan ikut jala. Tapi aku baru perasan ah yg minggu ni tiap2 hari aku bangun lambat pastu sampai kelas cukup2 makan ja. -_-'' Dan paling terbaik hari rabu aku lambat p test BEL. Walaupun 10 minit ja tp bukan salah aku kot. Ramai gila orang guna surau c5 sebab surau c3 tengah renovate. Hari ini dalam sejarah jugak hari isnin aku lambat p kelas Korea. Pastu ada classmate aku cakap, aku tak pernah p kelas awai. Selalu sampai tepat ja waktu. Bila aku pikiaq balik betui jugak. Sejak2 degree ni selalunya paling awai pon aku sampai 5 minit sebelum kelas start. Tapi ok la kan at least aku tak pernah ponteng kelas lagi. Eh lupa pernah dah sekali terlepas kelas CTU. Monday blues orang kata.hihi.
Minggu ni jugak aku dengan sangat gigih buat macam2 nak bagi mata ni terbukak waktu lecture. Sebab tak cukup tidoq so esok pon ngantuk. Tapi nak buat camna nak test haruslah kena study. Aku tamau la main2 sangat macam waktu asasi dulu. Tambah lagi ni sedaq tak sedaq dah nak cuti mid sem. Masuk balik lepas cuti dah tinggai sebulan lebih sikit ja nak final. Aku cuak doe. Tambah lagi sekarang ni masuk kelas lecture mesti ada senior yang join sebab depa kena repeat. Oleh tu aku berhasrat nak praktikkan cuti seminggu tu dengan jayanya. Harap2 tu boleh la kan. Ahhh n baru aku teringat yang naik cuti jugak weekend ada Obesity Awareness Campaign. Aku harap semua jalan dengan smooth sebab ni first project budak Part 1 untuk SCLC. Yang paling kena smooth Masswalk la sebab aku under tu.
Yang penting lagi 2 hari nak balik rumah. yay! Tak sabaq gilaaa aku nak balik kot. Memang dah tak dak dah hati nak p kelas bagai. Tapi kena bagi ada hati jugak la kan kalau dak punah masa hadapan yg tak tau lagi gemilang ka dak.heh.Ni dah pukul 4 tapi aku ni tak reti-reti nak tidoq lagi tak padan dengan esok ada lecture contract. Contract weyh!! ciaw~
p/s : Oh dah November, kita tunggu tengok apa nak jadi. Aku akn anggap tu sbg explanation la kan.
Posted by farazmi at 3:58 am 0 comments
Saturday, 29 October 2011
Bangga Gilos!
Assalamualaikum w.b.t
Posted by farazmi at 2:32 am 0 comments
Tuesday, 25 October 2011
Hidup
Posted by farazmi at 1:39 am 0 comments
Labels: Life
Friday, 30 September 2011
Pergi
Innalillah...
30 Syawal 1432
p/s: Jangan cakap aku tak sedih semata-mata air mata tak menitis untuk tatapan semua sebab hati aku menangis.
Posted by farazmi at 11:42 pm 0 comments
Labels: Life
Tuesday, 27 September 2011
LAW
Assalamualaikum w.b.t
Harini entri tajuk Law. Bila baca mesti akan rasa macam aku akan tulis pasai sesuatu yang serius. Tapi chill people chill aku akan tulis benda yang separa serius ja. Bukanla aku nak ajaq pasai law ka apa sebab aku pon tak berapa nak cukup ilmu lagi bab tu. Tajuk mudah ja kali ni. Senang kata tak mau kona dah aku sebenaqnya nak tulis pasai belajar law & pendapat aku.
Jangan rasa macam tetiba ja aku nak tulis pasai ni. Sebenaqnya dah lama dok tagak tapi atas beberapa kejadian yang berlaku barulah aku rasa macam aku patut luahkan pendapat aku somwhere. Sebab benda ni melibatkan persepsi kebanyakan orang. Sebab melibatkan rasa sayang aku kat Faculty of Law UiTM Shah Alam. Jadi aku nak jugak buat entri. Kalau sapa rasa benda ni terlalu common dengan segala hormatnya tak payah baca pon tak pa.
Firstly, aku nak mention pasai belajaq law kat dalam & kat luaq negara. Ataupun yang orang selalu kata oversea gitu. Aku bukanla nak dengki ka apa sebab aku ni belajaq dalam negara ja tapi aku rasa kalau seseorang tu budak law dia akan ada pendapat yang sama macam aku. Belajaq law kat luaq negara bukan tak baguih. Malah belajaq kat luaq negara tu dulu antara cita-cita aku. Tapi cuba pikiaq balik, kita ni nanti kalau dah habis belajaq n nak practice haruslah practice kat Malaysia kan. Jadi buat apa kita belajaq kat tempat asing n susah lagi lepas grad nak kena ambik CLP lagi. Memang, memang orang yang pandai ni akan kata depa p belajaq law kat negara commonwealth lebih kurang ja dengan negara kita tapi still law is the best to be learned at the place it will be practiced. Pastu aku tak kisah la kalau yang p tu kerajaan Malaysia yang banyak duit tu nak taja kan tapi yang p pakai duit PAMA sedangkan we can find the best law school kat Malaysia. Hmm. Ya mungkin ni jugak ada berkaitan dengan mentaliti sesetengah orang yang selalu sangat rasa kat belah sana nu lagi bagus. Tapi bagi aku kalau nak belajaq law tu elok belajaq jala kat sini.
Secondly, aku nak mention pasai UiTM & pandangan masyarakat pasai universiti ni. Aku yg memang student UiTM ni dah paham sangat dah dengan manusia2 yg tak sedaq diuntung yg selalu sangat condemn UiTM. Waktu raya haritu macam biasa aku ni dihujani dengan soalan2 yg tanya nanti aku further course apa bila aku kata Law kat UiTM, depa akan tanya awat tak sambung kat UM UKM sebab situ bagus & bla bla bla. Dan ada jugak yg mcm tanya dengan muka mcm aku ni downgrade gila sebab belajaq kat UiTM. Hello people sila p check the best law school kat Malaysia universiti mana. UiTM sekian. Bukanla bermakna aku benci UM ka UKM tapi aku just tak faham kenapa perlu banding. Oh lupa, manusia memang macam tu. Aku faham UiTM ni nampak sangat rendah kat mata depa sebab yala bumiputera dgn orang melayu ja kan. Kononnya senang la nak masuk sebab tak payah nak bersaing dengan dua lagi kaum lagi yang kononnya terer gila tu kan. Aku nak tanya sikit kalau senang sangat nak masuk awat mat rempit tu tak masuk UiTM? MELAYU jugak tu. Nak suruh aku bagi bukti? mai aku nak cerita satu cerita yang jadi waktu aku p test MUET dulu.
Si TakCerah : Awak belajar mana eh?
Aku : UiTM.
Si Sepet : Course apa?
Aku : Law.
Si TakCerah : *dgn muka mcm nak menghina* UiTM sebab melayu senang
la nak masuk course yg hebat2.
Damn! hang ingat surat tawaran UiTM tu aku boleh dapat kat tepi jalan ka. Aku punya gigih tau nak dapat tu. Samala macam aku buat degree ni pon. Ingat aku p berfoya-foya waktu asasi tu pastu tup tup depa saja nak bagi surat tawaran kat aku? Sorang pon tak tau yang aku usaha macam nak separuh mati sebab nak apa aku nak. Sorang pon tak tau betapa aku risau kalau aku tak dapat betapa kecewanya mereka2 yang berharap untuk aku. Sorang pon tak tau betapa aku tak mau sia-siakan hidup aku macam yang aku pernah buat dalam satu fasa dalam hidup aku dulu. Dan ya nak dapat masuk degree aku usaha separuh mati so nak dapat degree aku kena usaha sampai macam dunia nak kiamat esok. Sebab aku kena pastikan aku buat LLB, chambering & insyallah kalau mampu diploma syariah so aku boleh jadi lawyer syariah macam yang aku nak. Memang panjang lagi perjalanan aku jadi aku mohon sekurang-kurangnya orang2 janganla pandang rendah semata-mata aku belajaq kat UiTM. Aku sayang fakulti aku n yang paling penting UiTM di hatiku. UiTm hebat setanding dengan U lain. Bukti? banyak, cuma orang ja tak mau acknowledge.
p/s : UiTM tempat aku belajaq dunia tu macam mana jadi haruslah dia ada tempat kat hati aku.
Posted by farazmi at 2:49 am 0 comments
Thursday, 22 September 2011
Summary Lagi
Assalamualaikum w.b.t
Lepas bagi salam, anneyonghyesayo people!haha. Ada sebab pasai pa aku start macam tu. Satgi aku cerita na. Maca mana tajuk yang dah jelas, ni pon lagi satu entri summary. Sebab aku malas nak update tiap2 hari. Blog aku kan sukahati la bila nak update. ;))
Isnin yang teruja :)
Pagi bangun kelas pukul 8.30 aku dah risau. Bukan sebab apa tapi sebab kelas first kelas CTU. Maknanya dengan classmates ja. Dah risau dah nak p kelas nanti awkward. Tapi tengok2 okek ja n aku dah berkenalan dengan kawan baru. Depa budak Merbok dulu. Okeh sebenaqnya bukan budak sebab tua setahun dari aku. Macam mana bole start sembang? sebab dia nampak Donghae kat phone aku.wakakak. Sudah cerita pasai classmate, nak cerita pasai ustaz CTU. oh! CTU tu subjek agama.hihi. Ustaz tu masuk2 dia panggil nama sorang2 suruh bagitau asal dengan sekolah dulu. Bila turn aku aku pon " Saya asal, Perlis dulu sekolah SMK Agama (P)." krik krik krik. Aku tau classmates aku mcm dalam keadaan tak percaya.haha. Pastu ustaz tu tanya "sekolah agama?" aku angguk n dia catat2. Ustaz saya mohon janganla expect tinggi2 sangat kat saya semata mata saya budak SMKA. Saya rasa ilmu saya tak cukup lagi T_T. Pastu tengahari p beli baju koku dengan unanadiahismaaniskaszhafir.heh. Dan finally petang tu kelas yang ditunggu sekian lama idaman hati bertahun kala, kelas Bahasa Korea! The moment sonsaengnim tu masuk tak dapat digambarkan betapa aku teruja tahap gila tatau nak describe macam mana. "You can call me Tiara sonsaengnim" ok the moment dia cakap ni aku rasa nak nangis pulak. Finally aku belajar Bahasa Korea dari cikgu Korea T_T. Ini bermaksud satu lagi matlamat hidup aku dah hampir tercapai. Tak sabaq tunggu kelas lagi minggu depan. Oh, kelas korea aku ada sorang ja lelaki >.<
Selasa yang biasa. :)
Selasa dimulakan dengan lecture MLS. Sebab kelas pukul 10.30 aku dah terlajak tidoq. Aku turun bas dah pukul 10.30. Cuak cuak. Bukan apa sebab kelas kat audi. Audi autolock kot sekarang ni habeh la kalau lambat tak dapat masuk. Sampai2 nasib baik sempat.phew~ Pastu start belajaq macam biasa. Bila dah sejam start kelas mata aku mula la nak buat gedik kan tambah lagi air con audi tu terbaik dari ladang disertakan dengan kerusi yang sangat empuk. Mujuq ada bekalan kopiko orang sebelah. Aku dalam hati dok tanya bilala lecturer ni nak bagi take 5. Takkan nak straight 2 jam kot. Memangla dia kata dia tak kisah kalau kami tidoq tapi aku kan dah janji tamau tidoq dalam kelas bila degree.>.< Sekali bila dia dah bagi take 5 mata aku yang gediks ni pon dan2 cerah. Hampeh! So aku ushar2 la orang dalam audi tu, cuci mata orang kata.haha. Lepas habis kelas aku pon p cari merata lecturer nak mintak sahkan slip muet tu tapi sorang pon tak dak. Sebab depa p jaga budak asasi exam. So aku balik macam tu ja n singgah pusat ko lagi sebab still tak boleh register Kesatria. Still jawapan yang sama. Tunggu.haih. Balik makan nasik kat bilik una pastu tengok movies ditekankan MOVIES. Dua movies sekali kami tengok. Dah tak reti2 nak balik bilik sampai pukul 7 baru balik.heh. Malam tu keluaq makan n meja sebelah adalah..heeeee~ ;))
Rabu yang hampeh -_-''
Hampeh memang hampeh hari rabu. Pagi kelas TORTS aku dah hampeh dah. Aku boleh lupa bawak nota. Aku selalunya chill ja kalau lupa bawak apa2 dalam kelas tapi aura Nora J ni menakutkan sama macam aura cikgu Aishah dulu.huuu~ Aku punya la tak bahagia dalam kelas sebab takut kantoi kan. Tapi nasib baik selamat. Habis selamat misi mencari lecturer diteruskan sebab nak sahkan mendaalah muet tu. Dan disinilah betapa kecewanya aku rasa bila lecturer tak dak sorang pon mau nak sahkan. Saya taula saya bukan budak dean list, 4 flat apatah lagi. Saya nak mintak tolong ja.Terpaksa kot. Kalau tak memang saya dah sah kat bumi Perlis yang memang ramai manusia nak tolong saya sahkan. Serius sedih. Last2 aku suruh penolong pendaftar kat pejabat tu yang sah. Walaupun dia nampak macam tak rela tapi padan muka dia yang mintak nak slip tu cepat2 sampai aku balik Perlis tak sampai 24 jam. Sedih lagi. Finally beres benda2 tu semua n keluaq makan dengan fath n leka. Rasa macam balik sekolah rendah.hehe. Teman Fath beli barang n seriously aku teruja gila dengan kedai budak2 senibina tu. Banyaknya benda yang aku suka. Pastu petang tu ada kelas BEL n sekali lagi terniat nak skip sebab hujan lebat gila tapi tak jadi kan nak kehadiran penuh.hihi. Dan sekali lagi sedih sebab free of charge macam dekat wet world dah mandi ayaq terjun. Payung pon dah tak berguna sebab hujan sangat lebat. Masuk kelas beku sampai otak tak dapat nak fuction dengan waras indiscriminate pon aku tak dapat nak pikiaq apa benda. Balik bilik n tak turun2 dah. Yang paling penting the moment I write this sumpah lapaqqqq. Padan muka sapa suruh malas!
Esok malam iro ajak p jamuan raya kat fac tapi macam malas ar kelas sampai pukul 6 kot esok.
p/s : Tadi ada budak histeria n sekarang aku dah takut nak p tandas =_=''
Posted by farazmi at 2:07 am 0 comments
Wednesday, 14 September 2011
Belasah Semua.
Assalamualaikum w.b.t
Kenapa entri ni tajuk belasah semua? sebab aku nak belasah cerita semua benda dalam satu entri ni ja. Semua apa aku rasa nak tulis akan aku compilekan dalam entri ni. Macam summary gitu. ahakz!
Cerita 1- Sakit.
Aku pon tak faham apa yang tak kena. Tapi tulang2 dalam badan aku ni selalu sangat rasa ngilu. Tambah2 yg kat kaki. Kekadang tu bukan waktu sejuk ja panas pon still rasa ngilu. Kalau tak sakit aku tak kisah, ni kadang2 tengah tidoq waktu malam sedap2 tengah mimpi putera idaman tetiba mai sakit tu mau keluaq jugak ayaq mata tetengah malam. Tapi sejak balik UiTM ni tak dak dahla rasa sakit tu. Nak jadi masalah, lutut pulak sakit. Sejak semalam tetiba ja sakit. Bila belajaq kat UiTM ni pastu sakit lutut pulak memang terbaek la kan. Dahla kelas aku semua macam tak boleh nak tinggi lagi. Haih apala nasib badan muda2 dah sakit lutut.
Cerita 2 - Kolej & Roomate.
Dua hari lepas aku pon dah selamat menjadi pelajar Kolej Mawar balik. Dengan semangatnya aku daftar ingatkan nak dapat bilik 4 orang. Tengok2 dapat bilik untuk 2 orang. Bukan aku tak suka, tapi bilik 2 ni sunyi la sikit. Tak happening orang kata. Depa bagi kat aku nun tingkat 7. 2B-07-28. Mujuq la ada lif, mau dak naya aku. Roomate aku okek ja. Dia umuq 21 tapi bila aku tanya nak panggil kak ka dia kata tak payah nanti rasa tua.haha. Dia ambik pengajian bahasa inggeris tuuu. Sure cakap omputih macam ayaq. Tapi ni lah kelemahan bilik berdua. Bila roomate tak dak rasa sunyi ja. Tapi ok la sebab ada banyak spaces sekarang dalam bilik. Just almari ja tak bg yang besaq2. Cuma masalahnya sekarang aku dah reserve duit yuran kolej RM210 sebab ingat dapat bilik 4 sekali ni dapat bilik 2 kena RM420 kot. Nak cekau mana??. Mintak abah??. Aku bab2 mintak duit ni yang lemah ni. huuu~
Cerita 3 - Classmates.
Sem 1 fac tentukan kelas. Sedih. Aku dapat kelas LWB01A kelas first tuuuu.haha. Aku tak kenai sorang pon budak pompuan dalam kelas tu. I mean I'm familiar with their faces but i'm not that close with them. So awkward tau dak. Aku taktau la macam mana nak survive dalam kelas. Aku kena beramah mesra dengan gigihnya la gamaknya.
Cerita 4 - The Law.
Minggu ni dah start masuk kelas walaupun tak start belajaq lagi tapi lecturers semua macam bagi briefing la berkenaan setiap subjek. Dalam2 bg peringatan tu depa tak lupa nak peringat jugak subjek yg mempunyai kadar fail yg sangat tinggi. Aku cuak. Aku ada sikit rasa tak percaya yang aku dah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda. Pastu one of the lecturer told us to ask ourselves whether we could survive this? n is this what we really want??. For me the answer is simple. I don't have to think whether I could survive or not. Because we can went through everything if we really want something in our life. Nothing is impossible if we work real hard. I won't give up because just imagine, if I give up, I dissapoint way tooooo many people. Plus this is what I want. So why should I give up when I already put a lot of effort for this. So just fighting all the way! :)
Cerita 5 - Hati.
Hati belum sembuh dah cukup nak describe pasal cerita ke 5 ni. Tambah lagi dah masuk belajaq balik, ada hati yang tergugat. Tak sangka.
Okeh hujan pon macam nak turun. Mata pon macam nak tutup. Baik aku tidoq satg pukul 2 ada kelas BEL. BEL?? Arghhhh
p/s : Kalau dulu kelas awesome sekarang kelas awkward. Maybe baru lagi. Lets wait n see :)
Posted by farazmi at 12:38 pm 0 comments
Saturday, 3 September 2011
Dari Dulu Mereka
Assalamualaikum w.b.t
Tadi Elya tagged gambaq ni kat Facebook pastu dekat description dia tulis:
" kawan2 ni x leh lupa sampai mati ". Aku like statement tersebut sejuta kali.hehehe. Yup memang mereka orang2 yang boleh didapati dalam gambaq entri sebelum ni tapi aku saja gedik nak letak lagi sebab description tersebut. Blog aku kan sukahati la. Tapi aku nak kata jugak bukan kawan2 ni ja yang tak lupa sampai mati, Teacher Azura yang berbaju biru pon aku akan ingat sampai bebila. Best teacher ever. Banyak kenangan dengan depa2 ni semua. Tetiap tahun aku x pernah missed kot pi rumah dia time raya. Just tahun ni tak pi waktu open house la sebab tak dan dah semua nak p belajaq. >.<
p/s : Aku pya tangan yg dah memang besaq nampak lg besaq sb t-shirt kat dalam tu punya pasai -_-''
Posted by farazmi at 12:56 am 0 comments
Monday, 29 August 2011
Reunion :)
Assalamualaikum w.b.t
Semalam 28/9/2011 aku bukak puasa dengan kekawan lama. Kekawan sekolah rendah dulu. Kira macam reunion la jugok.huhu. Alah memang la sebab Perlis ni kecik bole ja terserempak dengan depa kat mana2 tapi sebab la ni semua orang dah p belajaq merata bila sesekali jumpak macam ni pon nice jugak. Kalau semua dapat mai lagi best. Harap sangatla kita boleh still jumpak macam ni tak kira la umuq kita dah berapa pon nanti. Ada dari depa ni semua aku dah kenai dari tadika lagi. So aku harap kita selalu ingat lah yang kita ni kawan2.wink2 ;)
p/s : Reunion nama pon mestila ada kenangan lama yang keluaq.huhu
Posted by farazmi at 9:52 pm 0 comments
Labels: Life
Alangkah
Posted by farazmi at 8:36 pm 0 comments
Sunday, 28 August 2011
Aku Pun Manusia
Assalamualaikum w.b.t
Posted by farazmi at 1:41 am 0 comments
Sunday, 7 August 2011
RINDU :')
Assalamualaikum w.b.t
Posted by farazmi at 2:27 am 0 comments
Tazkirah Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t
Posted by farazmi at 1:40 am 0 comments
Thursday, 28 July 2011
Posted by farazmi at 1:49 am 0 comments
Labels: Life
Sunday, 3 July 2011
Tolongla~
Assalamualaikum w.b.t
Posted by farazmi at 4:46 am 0 comments
Saturday, 2 July 2011
My Way
Assalamualaikum w.b.t
- Tak mau main2 dah.Dulu waktu asasi pon aku main2 walaupun x sebanyak mcm waktu SPM.hehe.
- Consistent waktu study. Sebabnya dulu last minute baru nak hafal semua. Aku ingat aku genius ka hapa nak hafal cases yg berlambak tu dalam masa berapa hari ja!
- Say no no no for repeat paper.
- Aku nak cuba,ditekankan CUBA nak dapatkan dean list. Aku nak jugak merasa. Kalau dapat mesti mama abah aku bangga.
- Nak lebih confident & berani. Aku selalu rasa rendah diri bila dekat dgn org hebat2. Tp sejak masuk asasi baru aku tau yg byk benda yg selama ni aku ingat aku x boleh buat, aku boleh ja buat. *contoh:debate*
- Yg paling penting, lulus semua exam,test n segala mak nenek dgn warna yg melayang layang.kyaaa~
Posted by farazmi at 12:36 am 0 comments
Labels: Life
Wednesday, 29 June 2011
Sengal sengal Belaka
Posted by farazmi at 2:56 am 0 comments
Masalah Teknikal
Posted by farazmi at 1:26 am 0 comments
Labels: Masalah Negara
Friday, 20 May 2011
Si Duyung & Si Singa
Posted by farazmi at 12:54 am 0 comments
Labels: Merapukah?
Saturday, 7 May 2011
Tuan Punya
Posted by farazmi at 2:51 am 0 comments
Labels: Syok sendiri