BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 17 June 2012

Heaven

Assalamualaikum w.b.t


               Heaven. Lebih tepat lagi entri ni nak cerita pasai food atau makanan dan sekaligus makanan membawa maksud heaven bagi aku. Tapi bukan sebarang makanan. Mau cerita ni pasai makanan Korea. Ceghitanya aku kan ambik 3rd language KoreaN Language, so macam biasa tetiap sem 3rd language kena buat video untuk assignment. Punya la tiap2 sem berlakon rasa macam retis dah pon ada. pfttt~ So untuk rakam video tu kami pon setuju untuk rakam kat satu kedai makanan korea dekat Sunway Pyramid. Nama kedai tersebut The Street Cafe. Kedai ni kecik comel ja terletak dekat Asian Avenue dalam Sunway Pyramid. Yang kat Sunway ni kecik ja sebab dia punya branch ja. Dia punya main branch dekat Subang Jaya ss15. Kat situ menu dia lagi banyak la. Tapi yang kecik ni pon jenuh nak pikiaq nak makan apa apatah lagi kalau bebanyak. So selepas dalam setengah jam la jugak dok belek menu tu kami pon order la. Apa yg diorder? Jajjan!


Ni antara yang diorder la. Yang merah makngah tu namanya Cheese Ramyun. Perghh sedap tak payah cerita la. haha. Yang dalam mangkuk kecik tiga2 tu adalah Ban Chan ataupun senang cerita side dishes. Side dishes selalunya terdiri dari pickles, kimchi n sebagainya. Ban Chan adalah benda wajib yang patut ada alongside Korean food and yg penting ia free.


Yang ni pulak adalah Pajeon ataupun Korean pancake. Korean pancake ni cam lempeng la tp dalam dia ada kimchi and sayuq-sayuq lain and ia jugak diforeng lebih garing. Sedap habaq hang. Yang dalam bekas tu pulak namanya Dosirak ataupun Lunch box. Lunch box ada macam jenis. So pilih la nak lauk macam mana tp yang dalam gambaq ni Korean Chiken BBQ punya Dosirak.




Nampak sedapkan? kan? kan? Ok sumpah lapaq dok update pasai benda ni. Ni pulak namanya Chiken skewer BBQ flavour. Sedap jugak. Rasa macam satay. 





Haaa yang dua ni haruslah kena makan kalau dah namanya makan makanan Korea. Ni macam representative of Korean food ar lepas kimchi. Yang atas namanya Ddeokbukki or nama omputih dia Spicy ricecakes. Yang bawah pulak namanya Kimbap or nasi yang digulung. ahakz. Kesedapan ddeokbukki yang chewy ditambah dengan kuah pekat yang pedas memang Ho liaw! Kimbap pulak boleh membuatkan mereka yang tak dak la nak gemaq sangat makan sayuq macam aku ni teruih sanggup makan sayuq. haha.


                 So kami pon makan-makan kat situ sambil rakam scene mana yang patut untuk drama 3rd language kami. Kami galak sikit order memacm bukan apa, pasai kawan aku ada free voucher dapat waktu K-Fest haritu. heheh. Oh lupa nak bagitau yang jangan risau nak makan kat sini sebab kedai ni memang dah disahkan halal. Kalau yang kat Sunway ni tukang masaknya adalah seorang melayu & lelaki.heok! Lepas dari dah makan kenyang-kenyang kami pon p la sambung rakam video kat tempat-tempat lain sekitar Sunway tu. Tak shopping pon pasai masing-masing tak dak bajet untuk bershopping. Ok penat dah nak bebel. Tapi rasanya lepas final nanti nak p lagi. hiaw~


p/s : Laparnya saya melihat gambar-gambar ini -_-


sila-sila lah komen :)

0 comments:

 
farazmi yg tulis