BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 23 February 2012

Ada Hikmah

Assalamualaikum w.b.t


                       Gather my strength. Himnae! Saat aku buat entri ni hari dah pon 23 februari 2012. Orang kata benda yg dah lepas jangan dikenang. Tapi apa la daya aku untuk tak kenang apa yg dah jadi semalam, 22 februari 2012. Semalam semua students degree Uitm dapat result final exam depa so automatically termasuk lah aku.


                        Bila kat fb VC dah bagitau yg keputusan exam akan dihantar kat email pelajar secara berperingkat start pukul 12 tengah malam, aku dah start cuak. Of course aku takkan tidoq lagi waktu tu. Aku tengok kat twitter n fb kawan-kawn aku dah start cuak. Tapi oleh sebab aku ni seorang yg optimis, eh, aku macam chill dulu. Aku tak bukak pon email siap2. Aku macam yakin n percaya faculty of law boleh jadi faculty yg last sekali dihantar result tu. Aku yakin!


                        So aku pon chill ja walaupun sebenaqnya tangan dah seram sejuk. Aku call kawan aku siap boleh bersembang pasai rumah sewa, nak bawak apa, pasai duit yg makin tak nampak batang hidung, gosip lagi. Sedaq2 dah pukul 12.30. Tapi ni lah jadi bila aku ja yg ada keyakinan tersebut. Start pukul 12.30 aku tengok ramai dah kekawan aku yg dah dapat email. Betapa bertuahnya pulak aku sebab aku ni kelas A so kebetulan email hantaq ikut kelas weii. Betapa bertuah lagi, nama aku number 6 dalam senarai nama. NICE. Tapi bila dapat tu aku tak bukak terus. Aku still on phone dgn kawan aku. Bila dia dah dapat km bukak sama2.


                         Maka dapatlah aku nervous shock. Maka taula aku sem depan aku akan berada dalam golongan repeaters. Walaupun aku foresee benda ni tapi entahla rasa sedih tu still ada. Maybe sebab bukan subjek yg aku expect. Dengan wujudnya paper yg fail haruslah pointer aku bawah 3. Aku sedih. Sedih bila benda yg aku suka tapi aku tak dapat nak buat yg terbaik. Sedih sebab aku dah kecewakan mama abah aku. Sedih sebab aku ni lalai tak buat sehabis baik. Sedih sebab aku tak put on more effort sedangkan aku tau aku masuk law school pon cecukup makan.


                         Lama aku tengok komputer. Tak dak daya nak pikiaq pon apa aku patut reply kat kekawan aku yg tanya. Tapi aku syukur depa paham bila aku kata aku tak ok. Depa tak tanya lebih. Aku lagi terharu jugak bila ramai yg DM aku bg kata2 semangat. Terharu sampai dari aku tak nangeh sebab sedih tapi rasa nak nangeh sebab syukur aku ada kawan2 yg paham aku rasa mcm mana. Yg paham mcm mana susah nak berjuang kat law school. Tambah2 lg utk org yg average macam aku. Aku tak nangeh. Setitik pon tak. Sampaila bila aku nak tidoq. Bila aku pikiaq balik yg aku mungkin kuat nak lalui semua ni. Tapi bila aku pikiaq hati2 yg aku kecewakan. Tak daya aku nak tahan air mata. Tertidoq camtu ja.


                          Sampai la aku bangun esok pagi, aku mula pikiaq balik. Ni semua ujian ja untuk aku. Kalau aku boleh ja survive dulu add math tak pernah lulus tetiba spm dapat B, takkan la sekarang aku nak mengalah semata2 aku baru fail sekali. Aku still ada second chance. Tambah lg dgn aku repeat aku ada chance nak improve pointer aku. Lagi aku bukan sensorang ja nak repeat nanti. Ramai lagi yg ada dengan aku. Benda ni jugak dah bg aku pengajaran kat aku yg degree tu tak semudah disangka. Even senior pon cakap fail waktu degree tu normal ah. Baru la kita belajaq nak susah payah. So lelama aku pon mcm ok dah. Kalau aku dah start cerita pasai korea tu kira aku mmg dalam waras akal yg terbaik ah.haha.


                           Tapi ada satu masalah lagi. Macam mana nak gtau kat mama dgn abah aku. Firstly haruslah aku bagitau mama aku dulu. Biasala mama aku optimis mcm aku jugak. Dia kata takpa nak buat mcm mana tak dak rezeki. Mama dulu belajaq pon ada jugak pernah fail. Habeh jugak belajaq. Nanti repeat usaha lg banyak. T_T aku dah agak mama aku akan kata camtu. Tapi paling ketaq nak gtau abah ar. Sampai ke malam baru abah tanya. Aku pon gtau slow2. Fuhhh~ nasib baik tak kena marah. Dia just kata " hmm pandai2 la khetiaq mcm mana nak buat, hampa yg belajaq". Pastu abah kata lg takpala baru first sem baru nak belajaq nak adapt dgn degree. Lagipun mana da org yg went through degree ni smooth ja. Adala sangkut jugak. Genius ja takdak sangkut2 ni. Dalam erti kata lain aku bukan genius la so buatla mcm tak genius.ngehngeh.


                            Fuhh hilang beban semua. Dah dapat terima hakikat. So kesimpulannya aku kena SANGAT gigih sem depan. Jangan la dok merilek ja. Sebab result aku teruk nak guna duit pon aku rasa bersalah. Macam tak layak ja nak melabur kat aku.heh. Aku ok dah. Thanks utk semua kata2 semangat. Sayang ah uollzz. ha gittew~ >.<




p/s : Tapi nak bangga la jugak Korean Language aku 4 rata weii 4 rata. Silap course aku ni kot. :p


sila-sila lah komen :)

Sunday 19 February 2012

Kereta oh kereta!

Assalamualaikum w.b.t


                       Allo allo. haha. Aku terasa nak update blog ar malam ni pasai stress tengok cerekarama tadi. Complicated gila nak paham dari awai.pfttt. Dahla stress tengok drama lagu dok dengaq sambil taip ni pon stress jugak. Lagu hazama. Bukan senang aku nak menadah telinga dengaq lagu melayu lama la ni. Bukan apa dok fokus kat kpop.hihi. Ok berbalik pada tajuk entri ni biasala aku ni yang kononnya prihatin la kan rasa terpanggil nak luah apa yang aku rasa pasaiisu hangat bebudak uitm sejak dua hari ni. Isu apa lagi larangan membawa kenderaan ke dalam kampus.

                        Memula aku macam baca ja semua arguments n pendapat sebab dok rasa macam tak affect aku pon. Yola kereta pon tak dok ye dak. Tapi bila pikiaq balik sebenaqnya ada kesan jugak la kat aku. So aku pon nak buat perbandingan kesan negatif n positif kat aku n jugak sesapa jela kalau benda ni dikuatkuasakan. Eh dah kuatkuasa pon sebab dah ada pekeliling.heh.

Kalau disokong cadangan ni :

                       Kalau semua kereta tak dibenarkan masuk uitm sebab nak elakkan masalah kesesakan lalulintas dalam uitm n jugak kononnya nak go green, pikiaq balik agak2 seksyen 7 dengan seksyen 2 tak jam ka. Ok kalau semua orang yg bawak kereta parking kat area Giant, Jackel, Flat2 perumahan tu tak ka akan lg jam semua org nak tunggu bas kat situ. Tambah lg situ tempat awam bukan yg uitm. Nanti dah jam bagai kacau penduduk awam ha takka masalah lg. Setakat sekarang yg kereta boleh bawak masuk pon seksyen 7 dah jam teruk. Situ main road kot. Semua pon nak p federal highway.

                        Ok untuk link dengan masalah di atas ada lagi satu persoalan yg timbul. Selamat ka parking kereta kat area seksyen 7 tu? Kalau siang mungkin tapi kalau malam? Bukan semua students kelas sampai petang ja. Kadang2 ada kelas ganti sampai malam. Pastu nak naik bas memalam turun kat situ. hish tak sesuai apatah lg utk perempuan. Lagi satu area seksyen 7 tu pon ramai students duduk plus dengan org awam. Depa pon ada kereta. Depa pon nak park kereta. Waktu cuti sem mmg la lengang tp kalau bukan cuti. Mungkin ada yg akan menyatakan solusi mcm alah jalan la takat seksyen 7 nak sampai uitm tu apala sangat. Memang tp pikiaq pulak bila dalam uitm tu dia fac mana. Kalau apb mungkin boleh tp kalau yg jauh kat fspu bussiness or law.  perghhh mmg masuk kelas letak kepala atas meja la kan. Even budak apb pon ada some classes kat kenanga.

                         Lagi satu yg ni tak pernah terlintas pon sampai la aku baca ada komen2 kat page VC. Students yg studio base mmg masalah bila nak kena naik bas or even motor. Bayangla depa banyak benda nak bawak dgn model2 lg. Kalau naik bas insyaallah terpenyek ar. Even naik bas yg waktu boleh bawak kereta masuk pon aku tiap2 hari melekat kat cermin bas tu. Nasib ja la kalau dapat seat nak duduk tu. Kalau semua org nak naik bas masalahnya cukup ka bas yg ada. Even sekarang ni pon bas jadual tak tentu. Bas uitm pon bukan semua jalan. Ada setengah bas lalu ja kat certain bus stop tp dah tak nak berhenti pulak. Ikut polisi katanya. Sempat bas yang ada nak angkut semua students dari luar masuk dlm n sampai sebelum 8.30 kelas pertama start. Tu pon bukannya bas berhenti depan2 fac tu kena jalan lg. 

                        Ada jugak yg kata naiklah motor. Motor kan diberi pelepasan. Ya memang tapi pikiaq lg. Semua org ada motor kat rumah? Kalau yg dah susah2 beli kereta kena spend duit utk motor lg? Semua org ada lesen motor? Semua org mak ayah depa bg naik motor?. Banyak persoalan yg timbul. Memang ramai sebenaqnya mak ayah tak galakkan anak2 depa naik motor atas sebab2 keselamatan. Jadi nak suruh lawan cakap mak ayah ka apa. Even aku dulu pon kena rebel bukan main sebab nak jugak2 ambik lesen motor. Tapi pasai isu keselamatan tu tak menjadi masalah sgt as long as kita bawak elok2 ikut peraturan dan bukanla merempit Insyaallah semua ok. Kalau dah lepas habis langkah2 keselamatan kita ambik pon still jadi accident jugak nak buat mcm mana. Tu takdir namanya.

                        Walaupun mungkin dr hujah2 ni mcm aku membantah tapi aku takla 100% bantah. Masih diberi lagi ruang dlm otak ni utk arguments dari lawannya. Aku paham niat VC nak bagi yg terbaik dekat students semua.

                         Mungkin kalau nak kuatkuasakan sepenuhnya jugak peraturan ni ada beberapa perkara yg dah dipertimbangkan pihak atasan. Contohnya macam mungkin depa dah susun semula jadual bas supaya lebih efisyen untuk para pelajar. Kalau bas banyak n ikut waktu memang semua orang akan terima peraturan dengan hati yg lebih terbuka. Ya mungkin bila dah tak dak lagi kereta2 dalam uitm bas2 akan mudah bergerak. Tapi masalahnya ini semua hanya "mungkin". Confirm ada boleh diterima tp kalau janji manis ja. Entahla. Lagi satu gogreen ka kalau terlampau banyak bas digunakan pada sesatu masa tu. 

                         Ada jugak yg  mencadangkan buat parking bertingkat so that lebih banyak tempat parking disediakan. Tapi masalah space mungkin timbul. Uitm tu dah terlampau mampat. Tapi mungkin macam VC cakap ni cuma untuk temporary sementara ada penyelasaian yg lagi baik. Entahla aku bukan nak bersifat membangkang. Aku hargai ja sebab uitm ni sudi nak ambik aku jd student. Tp cuma gunakan hak untuk bersuara. Nak bg pendapat. Lagipun kesianla dekat kekawan yg berulang dr jauh mcm klang, seksyen 18 17 n even lg jauh pon ada. Depa dahla nak kena awai sebab nak elak jam pastu nanti nak awai lg sebab nak berasak naik bas pulak.

                        Macam aku pulak yg memang setia guna pengangkutan awam ni memula tak la kisah sangat sebab aku redha dah nak berhimpit sebab anggap ja cabaran nak tuntut ilmu.cewah! Tapi bila pikiaq balik bila semua orang nak guna bas, bas yang dah sedia sardin maka akan jadi apa? tuna? or even worse? Maka apa akan jadi kat pengguna bas yg setia macam aku. Tetiba aku rasa aku nak pujuk ayah aku lg sekali nak bawak motor p sana.heheh. Mungkin kena guna teknik yg sama waktu nak ambik lesen dulu ka. Aku kena siap arguments yg kukuh ar. Walaupun hati berat sebenaqnya nak bawak motor p sana. Yela nanti duit sewa rumah lg duit letrik air pastu kalau ada motor duit minyak lg. Insan yg ditanggung PTPTN mcm aku ni mmg tercungap jugakla. Entah kalau result bagus sem 1 ni boleh try JPA lg sekali which is harapan sgt tipis. 

                           Apapun kita doa la keputusan yg dibuat nanti terbaik untuk semua pihak. Aku pulak pasrah ja. Kalau sardin pon sardin la kalau dapat motor maka bermulala balik zaman naik motor p kelas.hehe. Habisla sem depan memang aku kena bangun awai gilos! Salah silap pandangan aku harap diampun. Yala aku ni bukan kaki ampu bukan jugak student dean list atau jpk kolej yg dapat dok dalam yg hebat2 semuanya.


p/s : Rasa mcm tulis karangan spm pon ada entri ni.


sila-sila lah komen :)

Friday 10 February 2012

Patut tak?

Assalamualaikum w.b.t


                    Yayayaya aku tau lama dah tak tulih tapi aku nak kisah apa aku bukan Hanis Zalikha ka Maria Elena yang orang dok tunggu ja depa update blog. So chill!haha. Nak habaq aku dok taip entri ni sambil dengaq lagu A Thousand Years. Memang kena la dengan benda yang aku nak kabo ni.ngeeee~


                     Bukan apa tadi waktu dalam kereta dengan mama aku, terjadilah conversation berikut.


Aku: Mama tadi angah p padang besaq ada baju tu lawa tapi angah tak
       beli.Macam menyesal la pulak sebab dok teringat.
Mama: Awak ni selalu macam tu dah berkenan beli jala pastu dok 
          teringat pulak. Nanti dah jumpak laki yg berkenan pastu tak
          habaq kat orang tu pastu menyesal.


-_____-''


Aku: Ada kaitan ka?pftttt~
Mama: Ada la.
Aku: Mana ada org perempuan bagitau dia suka kat laki dulu, laki la 
       kena habaq dulu.
Mama: Awat pulak tak boleh. Tak dak sapa kata tak boleh. Mama dulu 
          pon mama habaq dulu kat abah.
Aku: Eh?


                     Pastu sampai rumah. Dah sampai rumah tapi aku tak habih lagi pikiaq pasai tadi tu. Pikiaq panjang. Bukan pasai baju tapi pasai bagitau dulu.
Entahla. Sampai la ni pon dok pikiaq lagi. Hahahaha~

" How can i love when i'm afraid to fall "




p/s : Ada respon tu kira macam tau la kan. :p


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis