BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 22 September 2011

Summary Lagi

Assalamualaikum w.b.t


                      Lepas bagi salam, anneyonghyesayo people!haha. Ada sebab pasai pa aku start macam tu. Satgi aku cerita na. Maca mana tajuk yang dah jelas, ni pon lagi satu entri summary. Sebab aku malas nak update tiap2 hari. Blog aku kan sukahati la bila nak update. ;))




Isnin yang teruja :)
                         
                     Pagi bangun kelas pukul 8.30 aku dah risau. Bukan sebab apa tapi sebab kelas first kelas CTU. Maknanya dengan classmates ja. Dah risau dah nak p kelas nanti awkward. Tapi tengok2 okek ja n aku dah berkenalan dengan kawan baru. Depa budak Merbok dulu. Okeh sebenaqnya bukan budak sebab tua setahun dari aku. Macam mana bole start sembang? sebab dia nampak Donghae kat phone aku.wakakak. Sudah cerita pasai classmate, nak cerita pasai ustaz CTU. oh! CTU tu subjek agama.hihi. Ustaz tu masuk2 dia panggil nama sorang2 suruh bagitau asal dengan sekolah dulu. Bila turn aku aku pon " Saya asal, Perlis dulu sekolah SMK Agama (P)." krik krik krik. Aku tau classmates aku mcm dalam keadaan tak percaya.haha. Pastu ustaz tu tanya "sekolah agama?" aku angguk n dia catat2. Ustaz saya mohon janganla expect tinggi2 sangat kat saya semata mata saya budak SMKA. Saya rasa ilmu saya tak cukup lagi T_T. Pastu tengahari p beli baju koku dengan unanadiahismaaniskaszhafir.heh. Dan finally petang tu kelas yang ditunggu sekian lama idaman hati bertahun kala, kelas Bahasa Korea! The moment sonsaengnim tu masuk tak dapat digambarkan betapa aku teruja tahap gila tatau nak describe macam mana. "You can call me Tiara sonsaengnim" ok the moment dia cakap ni aku rasa nak nangis pulak. Finally aku belajar Bahasa Korea dari cikgu Korea T_T. Ini bermaksud satu lagi matlamat hidup aku dah hampir tercapai. Tak sabaq tunggu kelas lagi minggu depan. Oh, kelas korea aku ada sorang ja lelaki >.<




Selasa yang biasa. :)


                      Selasa dimulakan dengan lecture MLS. Sebab kelas pukul 10.30 aku dah terlajak tidoq. Aku turun bas dah pukul 10.30. Cuak cuak. Bukan apa sebab kelas kat audi. Audi autolock kot sekarang ni habeh la kalau lambat tak dapat masuk. Sampai2 nasib baik sempat.phew~ Pastu start belajaq macam biasa. Bila dah sejam start kelas mata aku mula la nak buat gedik kan tambah lagi air con audi tu terbaik dari ladang disertakan dengan kerusi yang sangat empuk. Mujuq ada bekalan kopiko orang sebelah. Aku dalam hati dok tanya bilala lecturer ni nak bagi take 5. Takkan nak straight 2 jam kot. Memangla dia kata dia tak kisah kalau kami tidoq tapi aku kan dah janji tamau tidoq dalam kelas bila degree.>.< Sekali bila dia dah bagi take 5 mata aku yang gediks ni pon dan2 cerah. Hampeh! So aku ushar2 la orang dalam audi tu, cuci mata orang kata.haha. Lepas habis kelas aku pon p cari merata lecturer nak mintak sahkan slip muet tu tapi sorang pon tak dak. Sebab depa p jaga budak asasi exam. So aku balik macam tu ja n singgah pusat ko lagi sebab still tak boleh register Kesatria. Still jawapan yang sama. Tunggu.haih. Balik makan nasik kat bilik una pastu tengok movies ditekankan MOVIES. Dua movies sekali kami tengok. Dah tak reti2 nak balik bilik sampai pukul 7 baru balik.heh. Malam tu keluaq makan n meja sebelah adalah..heeeee~ ;))


Rabu yang hampeh -_-''


                       Hampeh memang hampeh hari rabu. Pagi kelas TORTS aku dah hampeh dah. Aku boleh lupa bawak nota. Aku selalunya chill ja kalau lupa bawak apa2 dalam kelas tapi aura Nora J ni menakutkan sama macam aura cikgu Aishah dulu.huuu~ Aku punya la tak bahagia dalam kelas sebab takut kantoi kan. Tapi nasib baik selamat. Habis selamat misi mencari lecturer diteruskan sebab nak sahkan mendaalah muet tu. Dan disinilah betapa kecewanya aku rasa bila lecturer tak dak sorang pon mau nak sahkan. Saya taula saya bukan budak dean list, 4 flat apatah lagi. Saya nak mintak tolong ja.Terpaksa kot. Kalau tak memang saya dah sah kat bumi Perlis yang memang ramai manusia nak tolong saya sahkan. Serius sedih. Last2 aku suruh penolong pendaftar kat pejabat tu yang sah. Walaupun dia nampak macam tak rela tapi padan muka dia yang mintak nak slip tu cepat2 sampai aku balik Perlis tak sampai 24 jam. Sedih lagi. Finally beres benda2 tu semua n keluaq makan dengan fath n leka. Rasa macam balik sekolah rendah.hehe. Teman Fath beli barang n seriously aku teruja gila dengan kedai budak2 senibina tu. Banyaknya benda yang aku suka. Pastu petang tu ada kelas BEL n sekali lagi terniat nak skip sebab hujan lebat gila tapi tak jadi kan nak kehadiran penuh.hihi. Dan sekali lagi sedih sebab free of charge macam dekat wet world dah mandi ayaq terjun. Payung pon dah tak berguna sebab hujan sangat lebat. Masuk kelas beku sampai otak tak dapat nak fuction dengan waras indiscriminate pon aku tak dapat nak pikiaq apa benda. Balik bilik n tak turun2 dah. Yang paling penting the moment I write this sumpah lapaqqqq. Padan muka sapa suruh malas!




Esok malam iro ajak p jamuan raya kat fac tapi macam malas ar kelas sampai pukul 6 kot esok.






p/s : Tadi ada budak histeria n sekarang aku dah takut nak p tandas =_=''


sila-sila lah komen :)

0 comments:

 
farazmi yg tulis