BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 30 September 2011

Pergi

Innalillah...


30 Syawal 1432


Wan dah pergi
Wan dah tak ada
Semoga Wan bahagia kat sana nanti
Hilang sudah sengsara dunia.
Al- Fatihah






p/s: Jangan cakap aku tak sedih semata-mata air mata tak menitis untuk tatapan semua sebab hati aku menangis.


sila-sila lah komen :)

Tuesday 27 September 2011

LAW

Assalamualaikum w.b.t




                      Harini entri tajuk Law. Bila baca mesti akan rasa macam aku akan tulis pasai sesuatu yang serius. Tapi chill people chill aku akan tulis benda yang separa serius ja. Bukanla aku nak ajaq pasai law ka apa sebab aku pon tak berapa nak cukup ilmu lagi bab tu. Tajuk mudah ja kali ni. Senang kata tak mau kona dah aku sebenaqnya nak tulis pasai belajar law & pendapat aku.


                      Jangan rasa macam tetiba ja aku nak tulis pasai ni. Sebenaqnya dah lama dok tagak tapi atas beberapa kejadian yang berlaku barulah aku rasa macam aku patut luahkan pendapat aku somwhere. Sebab benda ni melibatkan persepsi kebanyakan orang. Sebab melibatkan rasa sayang aku kat Faculty of Law UiTM Shah Alam. Jadi aku nak jugak buat entri. Kalau sapa rasa benda ni terlalu common dengan segala hormatnya tak payah baca pon tak pa.


                      Firstly, aku nak mention pasai belajaq law kat dalam & kat luaq negara. Ataupun yang orang selalu kata oversea gitu. Aku bukanla nak dengki ka apa sebab aku ni belajaq dalam negara ja tapi aku rasa kalau seseorang tu budak law dia akan ada pendapat yang sama macam aku. Belajaq law kat luaq negara bukan tak baguih. Malah belajaq kat luaq negara tu dulu antara cita-cita aku. Tapi cuba pikiaq balik, kita ni nanti kalau dah habis belajaq n nak practice haruslah practice kat Malaysia kan. Jadi buat apa kita belajaq kat tempat asing n susah lagi lepas grad nak kena ambik CLP lagi. Memang, memang orang yang pandai ni akan kata depa p belajaq law kat negara commonwealth lebih kurang ja dengan negara kita tapi still law is the best to be learned at the place it will be practiced. Pastu aku tak kisah la kalau yang p tu kerajaan Malaysia yang banyak duit tu nak taja kan tapi yang p pakai duit PAMA sedangkan we can find the best law school kat Malaysia. Hmm. Ya mungkin ni jugak ada berkaitan dengan mentaliti sesetengah orang yang selalu sangat rasa kat belah sana nu lagi bagus. Tapi bagi aku kalau nak belajaq law tu elok belajaq jala kat sini. 


                       Secondly, aku nak mention pasai UiTM & pandangan masyarakat pasai universiti ni. Aku yg memang student UiTM ni dah paham sangat dah dengan manusia2 yg tak sedaq diuntung yg selalu sangat condemn UiTM. Waktu raya haritu macam biasa aku ni dihujani dengan soalan2 yg tanya nanti aku further course apa bila aku kata Law kat UiTM, depa akan tanya awat tak sambung kat UM UKM  sebab situ bagus & bla bla bla. Dan ada jugak yg mcm tanya dengan muka mcm aku ni downgrade gila sebab belajaq kat UiTM. Hello people sila p check the best law school kat Malaysia universiti mana. UiTM sekian. Bukanla bermakna aku benci UM ka UKM tapi aku just tak faham kenapa perlu banding. Oh lupa, manusia memang macam tu. Aku faham UiTM ni nampak sangat rendah kat mata depa sebab yala bumiputera dgn orang melayu ja kan. Kononnya senang la nak masuk sebab tak payah nak bersaing dengan dua lagi kaum lagi yang kononnya terer gila tu kan. Aku nak tanya sikit kalau senang sangat nak masuk awat mat rempit tu tak masuk UiTM? MELAYU jugak tu. Nak suruh aku bagi bukti? mai aku nak cerita satu cerita yang jadi waktu aku p test MUET dulu.


      Si TakCerah : Awak belajar mana eh?
      Aku            : UiTM.
      Si Sepet      : Course apa?
      Aku            : Law.
      Si TakCerah : *dgn muka mcm nak menghina* UiTM sebab melayu senang
                          la nak masuk course yg hebat2.


Damn! hang ingat surat tawaran UiTM tu aku boleh dapat kat tepi jalan ka. Aku punya gigih tau nak dapat tu. Samala macam aku buat degree ni pon. Ingat aku p berfoya-foya waktu asasi tu pastu tup tup depa saja nak bagi surat tawaran kat aku? Sorang pon tak tau yang aku usaha macam nak separuh mati sebab nak apa aku nak. Sorang pon tak tau betapa aku risau kalau aku tak dapat betapa kecewanya mereka2 yang berharap untuk aku. Sorang pon tak tau betapa aku tak mau sia-siakan hidup aku macam yang aku pernah buat dalam satu fasa dalam hidup aku dulu. Dan ya nak dapat masuk degree  aku usaha separuh mati so nak dapat degree aku kena usaha sampai macam dunia nak kiamat esok. Sebab aku kena pastikan aku buat LLB, chambering & insyallah kalau mampu diploma syariah so aku boleh jadi lawyer syariah macam yang aku nak. Memang panjang lagi perjalanan aku jadi aku mohon sekurang-kurangnya orang2 janganla pandang rendah semata-mata aku belajaq kat UiTM. Aku sayang fakulti aku n yang paling penting UiTM di hatiku. UiTm hebat setanding dengan U lain. Bukti? banyak, cuma orang ja tak mau acknowledge.




p/s : UiTM tempat aku belajaq dunia tu macam mana jadi haruslah dia ada tempat kat hati aku.




sila-sila lah komen :)

Thursday 22 September 2011

Summary Lagi

Assalamualaikum w.b.t


                      Lepas bagi salam, anneyonghyesayo people!haha. Ada sebab pasai pa aku start macam tu. Satgi aku cerita na. Maca mana tajuk yang dah jelas, ni pon lagi satu entri summary. Sebab aku malas nak update tiap2 hari. Blog aku kan sukahati la bila nak update. ;))




Isnin yang teruja :)
                         
                     Pagi bangun kelas pukul 8.30 aku dah risau. Bukan sebab apa tapi sebab kelas first kelas CTU. Maknanya dengan classmates ja. Dah risau dah nak p kelas nanti awkward. Tapi tengok2 okek ja n aku dah berkenalan dengan kawan baru. Depa budak Merbok dulu. Okeh sebenaqnya bukan budak sebab tua setahun dari aku. Macam mana bole start sembang? sebab dia nampak Donghae kat phone aku.wakakak. Sudah cerita pasai classmate, nak cerita pasai ustaz CTU. oh! CTU tu subjek agama.hihi. Ustaz tu masuk2 dia panggil nama sorang2 suruh bagitau asal dengan sekolah dulu. Bila turn aku aku pon " Saya asal, Perlis dulu sekolah SMK Agama (P)." krik krik krik. Aku tau classmates aku mcm dalam keadaan tak percaya.haha. Pastu ustaz tu tanya "sekolah agama?" aku angguk n dia catat2. Ustaz saya mohon janganla expect tinggi2 sangat kat saya semata mata saya budak SMKA. Saya rasa ilmu saya tak cukup lagi T_T. Pastu tengahari p beli baju koku dengan unanadiahismaaniskaszhafir.heh. Dan finally petang tu kelas yang ditunggu sekian lama idaman hati bertahun kala, kelas Bahasa Korea! The moment sonsaengnim tu masuk tak dapat digambarkan betapa aku teruja tahap gila tatau nak describe macam mana. "You can call me Tiara sonsaengnim" ok the moment dia cakap ni aku rasa nak nangis pulak. Finally aku belajar Bahasa Korea dari cikgu Korea T_T. Ini bermaksud satu lagi matlamat hidup aku dah hampir tercapai. Tak sabaq tunggu kelas lagi minggu depan. Oh, kelas korea aku ada sorang ja lelaki >.<




Selasa yang biasa. :)


                      Selasa dimulakan dengan lecture MLS. Sebab kelas pukul 10.30 aku dah terlajak tidoq. Aku turun bas dah pukul 10.30. Cuak cuak. Bukan apa sebab kelas kat audi. Audi autolock kot sekarang ni habeh la kalau lambat tak dapat masuk. Sampai2 nasib baik sempat.phew~ Pastu start belajaq macam biasa. Bila dah sejam start kelas mata aku mula la nak buat gedik kan tambah lagi air con audi tu terbaik dari ladang disertakan dengan kerusi yang sangat empuk. Mujuq ada bekalan kopiko orang sebelah. Aku dalam hati dok tanya bilala lecturer ni nak bagi take 5. Takkan nak straight 2 jam kot. Memangla dia kata dia tak kisah kalau kami tidoq tapi aku kan dah janji tamau tidoq dalam kelas bila degree.>.< Sekali bila dia dah bagi take 5 mata aku yang gediks ni pon dan2 cerah. Hampeh! So aku ushar2 la orang dalam audi tu, cuci mata orang kata.haha. Lepas habis kelas aku pon p cari merata lecturer nak mintak sahkan slip muet tu tapi sorang pon tak dak. Sebab depa p jaga budak asasi exam. So aku balik macam tu ja n singgah pusat ko lagi sebab still tak boleh register Kesatria. Still jawapan yang sama. Tunggu.haih. Balik makan nasik kat bilik una pastu tengok movies ditekankan MOVIES. Dua movies sekali kami tengok. Dah tak reti2 nak balik bilik sampai pukul 7 baru balik.heh. Malam tu keluaq makan n meja sebelah adalah..heeeee~ ;))


Rabu yang hampeh -_-''


                       Hampeh memang hampeh hari rabu. Pagi kelas TORTS aku dah hampeh dah. Aku boleh lupa bawak nota. Aku selalunya chill ja kalau lupa bawak apa2 dalam kelas tapi aura Nora J ni menakutkan sama macam aura cikgu Aishah dulu.huuu~ Aku punya la tak bahagia dalam kelas sebab takut kantoi kan. Tapi nasib baik selamat. Habis selamat misi mencari lecturer diteruskan sebab nak sahkan mendaalah muet tu. Dan disinilah betapa kecewanya aku rasa bila lecturer tak dak sorang pon mau nak sahkan. Saya taula saya bukan budak dean list, 4 flat apatah lagi. Saya nak mintak tolong ja.Terpaksa kot. Kalau tak memang saya dah sah kat bumi Perlis yang memang ramai manusia nak tolong saya sahkan. Serius sedih. Last2 aku suruh penolong pendaftar kat pejabat tu yang sah. Walaupun dia nampak macam tak rela tapi padan muka dia yang mintak nak slip tu cepat2 sampai aku balik Perlis tak sampai 24 jam. Sedih lagi. Finally beres benda2 tu semua n keluaq makan dengan fath n leka. Rasa macam balik sekolah rendah.hehe. Teman Fath beli barang n seriously aku teruja gila dengan kedai budak2 senibina tu. Banyaknya benda yang aku suka. Pastu petang tu ada kelas BEL n sekali lagi terniat nak skip sebab hujan lebat gila tapi tak jadi kan nak kehadiran penuh.hihi. Dan sekali lagi sedih sebab free of charge macam dekat wet world dah mandi ayaq terjun. Payung pon dah tak berguna sebab hujan sangat lebat. Masuk kelas beku sampai otak tak dapat nak fuction dengan waras indiscriminate pon aku tak dapat nak pikiaq apa benda. Balik bilik n tak turun2 dah. Yang paling penting the moment I write this sumpah lapaqqqq. Padan muka sapa suruh malas!




Esok malam iro ajak p jamuan raya kat fac tapi macam malas ar kelas sampai pukul 6 kot esok.






p/s : Tadi ada budak histeria n sekarang aku dah takut nak p tandas =_=''


sila-sila lah komen :)

Wednesday 14 September 2011

Belasah Semua.

Assalamualaikum w.b.t


                 Kenapa entri ni tajuk belasah semua? sebab aku nak belasah cerita semua benda dalam satu entri ni ja. Semua apa aku rasa nak tulis akan aku compilekan dalam entri ni. Macam summary gitu. ahakz!


Cerita 1- Sakit.


                  Aku pon tak faham apa yang tak kena. Tapi tulang2 dalam badan aku ni selalu sangat rasa ngilu. Tambah2 yg kat kaki. Kekadang tu bukan waktu sejuk ja panas pon still rasa ngilu. Kalau tak sakit aku tak kisah, ni kadang2 tengah tidoq waktu malam sedap2 tengah mimpi putera idaman tetiba mai sakit tu mau keluaq jugak ayaq mata tetengah malam. Tapi sejak balik UiTM ni tak dak dahla rasa sakit tu. Nak jadi masalah, lutut pulak sakit. Sejak semalam tetiba ja sakit. Bila belajaq kat UiTM  ni pastu sakit lutut pulak memang terbaek la kan. Dahla kelas aku semua macam tak boleh nak tinggi lagi. Haih apala nasib badan muda2 dah sakit lutut.




Cerita 2 - Kolej & Roomate.


                   Dua hari lepas aku pon dah selamat menjadi pelajar Kolej Mawar balik. Dengan semangatnya aku daftar ingatkan nak dapat bilik 4 orang. Tengok2 dapat bilik untuk 2 orang. Bukan aku tak suka, tapi bilik 2 ni sunyi la sikit. Tak happening orang kata. Depa bagi kat aku nun tingkat 7. 2B-07-28. Mujuq la ada lif, mau dak naya aku. Roomate aku okek ja. Dia umuq 21 tapi bila aku tanya nak panggil kak ka dia kata tak payah nanti rasa tua.haha. Dia ambik pengajian bahasa inggeris tuuu. Sure cakap omputih macam ayaq. Tapi ni lah kelemahan bilik berdua. Bila roomate tak dak rasa sunyi ja. Tapi ok la sebab ada banyak spaces sekarang dalam bilik. Just almari ja tak bg yang besaq2. Cuma masalahnya sekarang aku dah reserve duit yuran kolej RM210 sebab ingat dapat bilik 4 sekali ni dapat bilik 2 kena RM420 kot. Nak cekau mana??. Mintak abah??. Aku bab2 mintak duit ni yang lemah ni. huuu~




Cerita 3 - Classmates.


                     Sem 1 fac tentukan kelas. Sedih. Aku dapat kelas LWB01A kelas first tuuuu.haha. Aku tak kenai sorang pon budak pompuan dalam kelas tu. I mean I'm familiar with their faces but i'm not that close with them. So awkward tau dak. Aku taktau la macam mana nak survive dalam kelas. Aku kena beramah mesra dengan gigihnya la gamaknya. 





Cerita 4 - The Law.


                      Minggu ni dah start masuk kelas walaupun tak start belajaq lagi tapi lecturers semua macam bagi briefing la berkenaan setiap subjek. Dalam2 bg peringatan tu depa tak lupa nak peringat jugak subjek yg mempunyai kadar fail yg sangat tinggi. Aku cuak. Aku ada sikit rasa tak percaya yang aku dah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda. Pastu one of the lecturer told us to ask ourselves  whether we could survive this? n is this what we really want??. For me the answer is simple. I don't have to think whether I could survive or not. Because we can went through everything if we really want something in our life. Nothing is impossible if we work real hard. I won't give up because just imagine, if I give up, I dissapoint way tooooo many people. Plus this is what I want. So why should I give up when I already put a lot of effort for this. So just fighting all the way! :)




Cerita 5 - Hati.


                           Hati belum sembuh dah cukup nak describe pasal cerita ke 5 ni. Tambah lagi dah masuk belajaq balik, ada hati yang tergugat. Tak sangka.




Okeh hujan pon macam nak turun. Mata pon macam nak tutup. Baik aku tidoq satg pukul 2 ada kelas BEL. BEL?? Arghhhh






p/s : Kalau dulu kelas awesome sekarang kelas awkward. Maybe baru lagi. Lets wait n see :)


sila-sila lah komen :)

Saturday 3 September 2011

Dari Dulu Mereka

Assalamualaikum w.b.t






Tadi Elya tagged gambaq ni kat Facebook pastu dekat description dia tulis:
" kawan2 ni x leh lupa sampai mati ". Aku like statement tersebut sejuta kali.hehehe. Yup memang mereka orang2 yang boleh didapati dalam gambaq entri sebelum ni tapi aku saja gedik nak letak lagi sebab description tersebut. Blog aku kan sukahati la. Tapi aku nak kata jugak bukan kawan2 ni ja yang tak lupa sampai mati, Teacher Azura yang berbaju biru pon aku akan ingat sampai bebila. Best teacher ever. Banyak kenangan dengan depa2 ni semua. Tetiap tahun aku x pernah missed kot pi rumah dia time raya. Just tahun ni tak pi waktu open house la sebab tak dan dah semua nak p belajaq. >.<




p/s : Aku pya tangan yg dah memang besaq nampak lg besaq sb t-shirt kat dalam tu punya pasai -_-''


sila-sila lah komen :)

 
farazmi yg tulis