BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 7 August 2011

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t


Sepertimana tajuk kat atas tu, ya aku nak kongsi la sikit pasal input yg aku dapat dari tazkirah yg diberi oleh ustaz masa solat tarawikh hari tu.Bukan ka kita memang patut menyampaikan ilmu walaupun hanya sebaris ayat.

Ok,aku pecah2 kan la apa yg ustaz tu kata. Aku nak terang dalam bentuk ayat2 yg mcm ahli2 agama ni memang tak boleh la kan jadi aku guna ayat biasa2 ja. Ustaz tu pon pakai bahasa yg simple & senang orang paham jugak.

1.Pasai persepsi kita tentang hidup. Kita manusia selalu berfikiran yg kita ni nak mati lambat lagi. Memang bukan semua pikiaq mcm tu tp mostly selalunya pikiaq camtu. Kadang2 kalau kita tak terpikiaq pon kita lalai & buat perkara yg tak mengingatkan kita pada hari kematian. Kita selalu buat mcm kita boleh agak bila waktu kematian kita. Antara contoh yg ustaz tu bg:

- Tak maula naik bas nanti takut accident. Tak maula naik kapal terbang nanti takut terhempas. Tak maula naik keretapi nanti takut tergelincir.

Tapi kita lupa yg ajal maut semua di tgn Tuhan. Sudah jelas tertulis segala
akan berlaku jadi siapala kita manusia nak mengagak apa yg akan terjadi.
Tugas kita cuma berusaha & bertawakal sahaja. Ya kalau sampai ajal dok
dalam rumah tak buat apa2 pon boleh ditarik nyawa kita. Jadi apa yg ustaz
tu nak kaitkan dengan Ramadhan ialah kita tak tau bila ajal kita jadi
bersyukurla kita ada kesempatan berada di dalamnya sekali lagi.
Gunakanla setiap hari Ramadhan tersebut dengan sebaiknya. Kita tak tahu
mungkin tahun ini kita cuma diberi peluang untuk menikmati 10 Ramadhan
sahaja. Ya kita tak tahu. Cuma Allah Maha Mengetahui.

2. Yang keduanya ustaz tersebut menyebut tentang bagaimana kita menerima
Ramadhan. Antara situasi yg diberikan oleh ustaz tu :

- Ramadhan terlalu singkat tak sempat nak buat kebaikan. Mungkin
kalau diberi 90 hari sempat meluangkan masa nak beribadat.

- Bila Ramadhan barulah nak bukak Al Quran. Barulah nak menjenguk
masjid
- Bila Ramadhan tak boleh mengumpat, tak boleh pakai seksi, taak boleh buat perkara tak elok nanti berdosa. Apa kalau bukan bukan bulan Ramadhan semua tu tak berdosa kalau buat?

Ya memang aku tau akan ada yg kata "tu kira baik dia buat jugak waktu
bulan posa". Memang bagus jadi apa salahnya jadikan bulan Ramadhan tu
untuk berubah secara kekal dan bukannya sementara sahaja hanya kerana
bulan Ramadhan. Ustaz tu pesan janganla kita ni jd hamba yg menyembah
bulan Ramadhan jadilah hamba yg menyembah Allah yg Maha Esa kerana
Ramadhan itu perintah dariNya. Setakat tu ja yg ustaz tu sempat bagi.
Nama pun tazkirah jadi sekadar untuk mengingatkan kita yang mungkin
lalai. Aku cuma berkongsi isi2 ni semua yg keluar dari mulut ustaz tu.

OH AKU BUKANNYA NAK TUNJUK BAIK SEBAB SEKARANG BULAN
PUASA. CUMA BERKONGSI APA YANG PATUT.PEACE :)



p/s : Soal lah diri kita sebelum terlambat sebelum kita disoal oleh yg Maha Esa.


sila-sila lah komen :)

0 comments:

 
farazmi yg tulis