BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 7 August 2011

RINDU :')

Assalamualaikum w.b.t


Yeah memang aku over sebab letak dua entri dalam satu hari. Tapi sebenaqnya dua2 entri ni berkaitan. Memula aku ingat nak letak sekali tapi sebab mcm hangpa semua nampak entri satu lagi serabut tahap teruk. Nampak sangat aku bukan blogger handalan. Tapi tak kisah ah aku nak tulis jugak.

RINDU. Apa sebenaqnya aku rindu. Aku rindu bumi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) KANGAR PERLIS. Ya aku rindu tanah wakaf tu. So apa kaitan aku rindu sekolah dengan entri pasai tazkirah. Ada kaitan ka?. Jawapannya memang banyak kaitan.

Sejujurnya dah lama aku tak dengaq tazkirah. Maksudnya yang secara live yang dalam TV tak kira na. Dulu waktu kat SMKAP aku tak payah mintak nak dengaq tazkirah. Hari2 aku selalu diisi dengan tazkirah. Tambah2 waktu perhimpunan confirm2 ada tazkirah. Aku mengaku disebabkan aku ni sangatla kureng & tak reti menghargai waktu tu, kadang2 aku tak ambik tau sangat pasai tazkirah perhimpunan. Tapi selalunya aku dengaq. Kalau hangpa tak caya boleh check buku catatan tazkirah aku. Aku simpan lagi tau. Aku dapat banyak ilmu waktu tu. Mungkin dari dulu pon aku dah menghargai ilmu tu semua sebab tu aku simpan lagi buku catatan tu tapi la ni aku sedaq yg aku mungkin patut lebih menghargai.

Aku ingat lagi ddulu2 ustazah2 & cikgu2 selalu kata yg baik la nikmati hidup kat bumi wakaf tu sebab percayala bila kamu dah tinggalkan sekolah kamu akan rindu suasana kat sini. Dulu aku tak ambik tau sangat pasal tu & la ni baru aku faham perasaan tu macam mana. Kadang2 bila aku dengaq tazkirah/ceramah aku teringat sekolah. Bila aku baca Quran aku teringat kat sekolah. Teringat dulu turun baca Quran kat dewan ramai2 tiap2 pagi. Teringat bila bulan posa sembahyang zohor ramai2 kat dewan & kadang2 tak dapat dengaq imam sebab turun lambat pastu kalut.*hehe*. Teringat betapa sunyi tak dak sikit bunyi pon bila setiap kali azan sebab semua orang menghormati azan. Teringat nak belajaq syariah & Quran sunnah pastu kena hafal macam2 hadith,dalil,sebab nuzul n maksud ayat. Sumpah aku sedih bila kadang2 aku dengaq hadith/ayt quran disebut aku tak ingat maksudnya sedangkan dulu aku hafal semua tu. Betapa berdosanya aku lupa benda tu semua walaupun bukan completely. Astaghfirullah.

Aku rindu jugak bila setiap hari jumaat kena jadi naqibah untuk bagi tazkirah kat budak Form 1. Terkial2 aku rujuk buku sebab aku ni ilmu pon tak cukup. Teringat bila kena marah dengan cikgu sebab mcm2 persiapan untuk first punya PKS. Teringat keluaq rehat 10 orang pastu bising satu kantin. Teringat dulu dari 10 orang 2 3 orang ja beli ayaq pastu kongsi2 *ayaq mesti teh o ais haha*. Teringat mai sekolah awai sebab tak mau junior parking kat depan nanti susah nak keluaq*padahai balik lambat*. Teringat balik sekolah naik motor macam keretapi 7 orang semua pakai sweater sama. Terngat halfway nak p sekolah tetiba hujan sampai sekolah basah lencun. Teringat kalau cikgu kimia panggil buat equation kat depan mesti ketaq mcm nak mati.*dahla suka panggil nama aku*. Teringat tiru tandatangan cikgu sebab waktu pagi lupa tulis buku rekod cikgu masuk mengajaq. Teringat waktu jadi pustakawan bila hujung bulan kena buat rekod membaca untuk satu sekolah gila bapak susah kena tilik satu2. Teringat jugak tertidoq dekat atas kerusi depan kelas sebab tunggu orang bawak kunci mai lambat dari aku.*6.45 dah sampai sekolah dulu*.

Ya aku rindukan sekolah, kawan-kawan sekolah, suasana kat sekolah, pengalaman kat sekolah. Dulu kat sekolah aku boleh senyum n bergelak dengan gembira. Bila dah makin besaq aku banyak jumpak mereka yg berdrama dari mereka ikhlas berkawan. Kat sekolah dulu tak dak semua tu. Sekarang ni mungkin aku rindukan SMKAP. Hari2 lain manatau aku rindu SKSI @ TADIKA MONTESSORI PUTRA PUTRI pulak.*hehe*


p/s : UITM SHAH ALAM pon tak kurang rindunya ;)


sila-sila lah komen :)

0 comments:

 
farazmi yg tulis