BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 July 2011

My Way

Assalamualaikum w.b.t


Kelmarin bersamaan dgn 1 Julai 2011 aku akhirnya dah dapat tau mana hala tuju aku lepas asasi. Alhamdulillah & aku tak tau dgn perkataan apa aku patut describe betapa aku gembira.
Sebenaqnya Uitm inform boleh check dr 30 Jun lagi tapi ntahla masalah apa sistem ditutup n 1 Julai baru bukak. Aku yg sabaq menunggu pukul 5 30 Jun tu dptla check tp utk confirmation aku check lg esoknya. Bukan apa mana la tau tetiba sistem tu buat mereng lagi p tukaq pulak tawaran tu.
Fortunately, tawaran still yg sama. Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (kepujian). Waktu aku baca tu sumpah aku rasa mcm nak menangis. Walaupun aku akui law bukanlah 100% cinta hati aku tp sekurang kurangnya aku syg dia 70% mcm tu.*aku mmg suka main percent2 ni*. Jangan tanya apa cinta hati aku 100% sebab berdasarkan respon yg aku dpt dr org2 yg dah tau jawapannya, depa kata aku ni merapu.heeee~
So sekarang ni aku dah tau hala tuju aku untuk 3 tahun akn dtg. Uitm dah bagi aku jalan jadi terpulang kat aku nak bagi jalan tu berakhir dgn jayanya or aku langsung xkan jumpa penghujung. Aku rasa cuak jugak nak masuk degree ni sebab aku tengok yg dapat Law jugak semua mcm stok2 dean list n aku pulak lepas syarat cukup2 ja. Tapi sungguh aku akan buat betul2 sebab aku nak jugak tengok mama aku seronok sebab dpt post gambaq anak dia jd lawyer dekat FB.*ni semua sebab mak aku excited gila tunjuk gambaq anak kwn dia yg dah habis chambering,hehe*.

So aku ada matlamat untuk degree nanti:

  1. Tak mau main2 dah.Dulu waktu asasi pon aku main2 walaupun x sebanyak mcm waktu SPM.hehe.
  2. Consistent waktu study. Sebabnya dulu last minute baru nak hafal semua. Aku ingat aku genius ka hapa nak hafal cases yg berlambak tu dalam masa berapa hari ja!
  3. Say no no no for repeat paper.
  4. Aku nak cuba,ditekankan CUBA nak dapatkan dean list. Aku nak jugak merasa. Kalau dapat mesti mama abah aku bangga.
  5. Nak lebih confident & berani. Aku selalu rasa rendah diri bila dekat dgn org hebat2. Tp sejak masuk asasi baru aku tau yg byk benda yg selama ni aku ingat aku x boleh buat, aku boleh ja buat. *contoh:debate*
  6. Yg paling penting, lulus semua exam,test n segala mak nenek dgn warna yg melayang layang.kyaaa~
Kepada kawan2 yg x dapat sambung Law tu jgn risau. Percaya la dengan rezeki yg kita dapat. Allah tak pernah bagi benda yg buruk kat hambaNya yg berusaha.
Memang aku sedih sb ada yg bukan kat Shah Alam lg *terutama Ili*. Tp xpa Facebook kan ada.haha.


p/s : Bab check2 result ni menggamit kenangan tau dak.heh.


sila-sila lah komen :)

0 comments:

 
farazmi yg tulis